Sudah lama tidak mendengar perkhabar mengenai penyanyi rap terkemuka Singapura, Sheikh Haikel. Jika dahulu dia sering kali dijemput menjadi juri di program-program realiti negara.

Sudah Tidak Laku?

Terkini, penyanyi ini telah pun membuka rangkaian restoran burger terkenal, Fatpapas di Publika, Kuala Lumpur. Hangat.com difahamkan ini adalah cawangannya yang ketiga dan yang pertama di Malaysia. Terdahulu Haikel telah pun membuka restorannya di Singapura.

Gambar oleh Andy Kho

Ketika ditanya, adakah disebabkan dirinya yang kini dikatakan ‘tidak laku’ punca dia membuka restoran ini, penyanyi rap itu sama sekali menafikannya. Perancangan untuk membuka restoran ini aalah kerana ingin menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya sebagai Halal.

“Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas, saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut.

Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas, akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane. Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)”

Rakan Artis Beri Sokongan

Bukan itu sahaja, menunjukkan ‘dirinya’ masih diterima, rakan-rakan artis seperti Joe Flizzow dan SonaOne turut memberi sokongan penuh kepada Haikel. Malah Haikel juga berhasrat untuk menjadikan restorannya ini sebagai tempat dimana rakan -rakan artis, pengiat industri hiburan dan juga peminat berkumpul secara santai.

Untuk mereka yang menggemari Haikel dan jenama FatPapas sendiri, uniform dan cenderamata juga boleh dibeli di restoran mereka.

“Kalau di Singapura, kami telah berkolaborasi dengan artis grafiti tempatan yang merupakan pencipta logo utama FatPapas dan untuk cawangan pertama kami di Kuala Lumpur, kami telah menjemput artis grafiti dan pelukis profesional Malaysia bernama Katun yang merupakan pakar dalam penghasilan karakter-karakter berteraskan buku komik dan hasilnya adalah menakjubkan”

“Selain itu, uniform para staf dan cenderamata yang boleh
dibeli jika berkunjung di restoran kami adalah hasil kolaborasi dengan jenama Eastside Barrio. Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah FatPapas merupakan tempat di mana para penggiat industri hiburan dapat berkumpul dalam situasi yang tidak perlu berpura-pura dan bersama-sama menikmati juadah enak yang disediakan”

Tahniah Sheikh Haikel! Semalam kami di Hangat.com berkesempatan untuk melihat persembahan trio, Sheikh Haikel, SonaOne dan Joe Flizzow. Adakah itu lagu terbaru mereka? Nantikan!