Sudah lama rasanya tak mendengar berita dari selebriti penuh kontroversi, King Coco selepas melahirkan cahaya mata sulungnya tahun lalu.

Hangat.com terlihat King Coco memuat naik gambar di Instagram beliau dengan mengusap seekor anjing, dengan kapsyen yang dipetik dari sebuah lagu Joe Flizzow, Sampai Jadi. Semestinya, ramai netizen akan mengkritik dirinya gara-gara memegang haiwan itu.

“Sampai jadi, hari hari bikin cam pertama kali. Coco buat lagi, selagi tak sah, sampai jadi” #jingjinganjing #merahbuatabammarah #meetmattsnewpet #straydogs #ilovedogs

Tapi malangnya, ruangan komen sudah ditutup. Usah bersedih Makcik-makcik Bawang..Boleh komen di tempat lain!

Sebenarnya isu memegang anjing serta menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan di kalangan selebriti tempatan sudah ditimbulkan sejak dahulu lagi malah sebilangan artis teruk dikecam peminat gara-gara membela serta memegang anjing yang tergolong sebagai najis berat atau mughallazah.

Persoalannya, adakah sudah pupus binatang lain kat dunia ini sehinggakan artis Islam kita terpaksa mengambil gambar bersama anjing untuk menunjukkan sifat kasih kasih sayang terhadap binatang? Fikir-fikirkan!