Seperti mana yang sudah dihebohkan, percintaan pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson tidak berkekalan dan berakhir dengan perpisahan. Perpisahan mereka menjadi buah mulut netizen sehingga memaksa bapa Zahirah, Zainol Macwilson masuk campur.

Namun adakah mereka berdua akan berdamai ataupun terus bermasam muka selepas ini? Dipetik dari Harian Metro, Zahirah menegaskan dia tidak akan membuat pusingan U iaitu kembali kepada bekas kekasihnya itu.

“Tak mungkin saya kembali menerimanya. Saya masih muda dan perjalanan jauh lagi dalam bidang ini. Saya tidak mahu perkara ini mengganggu perjalanan hidup.

Bagi Zahirah, dia akui selepas putus cinta tidak mematahkan semangat beliau dan kini dia sudah ‘move on’ dengan apa yang dah terjadi.

“Saya sudah ‘move on’, malah   cinta tidak buat saya lemah dan patah semangat. Saya pernah tengok ibu bapa saya bercerai, inikan pula putus cinta,” katanya.

Itulah yang dinamakan tiada jodoh! Dalam perkembangan lain, Zahirah sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Benci Cintaku terbitan Suhan Movies di mana dia digandingkan bersama Saharul Ridzwan yang menjalani penggambaran beberapa babak di Perth, Australia.

Sumber Harian Metro

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleMisteri Tahun 1990! Kemalangan Ngeri 4 Artis Popular Sekaligus
Next article[GAMBAR] Tahniah! Shila Amzah Selamat Diijabkabulkan
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.