Penyanyi Shila Amzah, semalam telah pun bernikah dengan pasangannya, Haris Idraki Elias kira-kira jam 6.25 petang. Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada November yang lalu.

Dengan Sekali Lafaz

Majlis yang diadakan serba sederhana itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Fara Fauzana, Jihan Muse dan juga Zara Zya. Shila telah sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias dengan hanya sekali lafaz.

Melalui gambar yang dimuatnaik di Instagram, terserlah kegembiraan dan keayuan penyanyi ini.

Belum Tetapkan Tarikh Resepsi

Meskipun begitu, Shila masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis resepsinya lagi namun berjanji akan berkongsinya kelak.

Hangat.com difahamkan, suami Shila yang berumur 28 tahun it bekerja dalam sektor kewangan di London dan pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan di salah satu syarikat akhbar tempatan, The Star sekitar tahun 2015. Tahniah buat Shila! Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat hendaknya.

BACA  Tahniah! Shila Amzah Nikah 19 April Ini