Sejak tular awal minggu lalu mengenai pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain ramai artis dan juga pereka fesyen ternama ‘bangkit’ mengeluarkan pendapat masing-masing sebagai tanda tidak setuju dengan kenyataan Zaihani. Bukan itu sahaja, malah beberapa pendedahan mengenai pengkritik fesyen ini juga mula tular.

Zaihani Dakwa Pengurus Che Ta Punca Segalanya

Menyedari pelbagai kecaman yang diterima, Zaihani bagaimanapun telah memohon maaf dan turut menjelaskan statusnya itu telah disalah faham oleh netizen.Namun begitu, dalam perkembangan lain, Zaihani mendakwa segalanya berpunca dari pengurus pelakon terkenal, Rozita Che Wan.

Tindakannya itu seperti melepaskan anjing yang terseput kerana turut menghasut individu lain untuk tidak memberikan baju sekiranya ingin dipinjam oleh pengurus Che Ta.

BACA  "Kalau Betul Saya Tak Sorok"- Che Ta Nafi Hamil

Che Ta Bidas ‘Berani Mati’

Bertindak mempertahankan pengurusnya yang dikenali sebagai Afeeq, Che Ta dengan beraninya telah memuat gambar yang tertera kenyataan hasutan Zaihani di Instagram nya dan turut membidas pengkitik fesyen itu.

” dah mohon maaf, ka mohon propa … ishhhhhh ingat mulut ja jahat, qupanya hati pequt pun busuk … luaq dalam sama buquk , qedot … mcm lace beropol @zaihanimzain … . #bukanberatbadan60taklehpfashionshowtapiumuq60keatastoksahdokbagipfashionshow ”

Malah Che Ta turut menyebut nama Zaihani dengan teguran yang agak ‘panas’. Bagi kami di Hangat.com, tindakan Zaihani itu tidak sewajarnya berlaku. Memandangkan kes yang lalu juga adalah kerana terdapat mereka yang telah memuat naik kenyataannya, apatah lagi hasutan seperti ini bukan?

BACA  Che Ta & Adik Beradik Beri Kejutan Hadiah Mewah Untuk Ibu