Kali ini HangatMalaysia mahu kongsikan sedikit pasal transgender. Transgender ni istilah yang digunakan untuk merujuk individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau ketrampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka dan ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk menukar jantina.

Pelik tetapi benar, itulah yang boleh diungkapkan apabila anda membaca kisah ‘ajaib’ transgender ini. Walaupun mereka mungkin tidak diterima oleh masyarakat namun kejayaan yang mereka kecapi cukup memberi inspirasi kepada semua. Siapakah yang kami maksudkan?

Ikuti kisah 2 individu ini yang memilih untuk menukar jantina namun masih mengejar cita-cita yang diimpikan.

1Safiey IlliasUsawahan Kosmetik

Safiey Illias antara golongan transgender yang popular di Malaysia. Dengan memiliki jumlah pengikut seramai 560k di Instagram, tidak boleh dinafikan dia sebaris dengan selebriti-selebriti popular di Malaysia.

BACA  'Budak-Budak Yang Baik'- Abby Abadi Puji Faiz Roslan

Beliau mula popular selepas berita penghijrahannya sebelum ini yang merupakan ‘mak nyah’ berubah menjalani kehidupan sebagai lelaki sejati. Berita ini telah mendapat liputan media yang meluas.

Namun siapa sangka, bermula pada pertengahan tahun lepas, dia sekali lagi mencetuskan dikatakan telah kembali semula mengubah penampilannya seperti seorang wanita.

Rata-rata netizen nampaknya meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka pengasas produk Perlaking berkenaan kini kembali ke ‘jalan hitam’.

Dipetik dari Melvister.com, Safiey mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke UITM namun berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan.

Pada usia 19 tahun dia telah mampu membeli rumah secara tunai juga membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer.

BACA  Vietnam Mari! 10 Foto Transgender Baru Dinobatkan Tercantik Di Dunia

2Elaine Lye – Pemilik Gym dan Jurulatih Kecergasan

Dengan memiliki jumlah pengikut seramai 296k di Instagram, jejaka berasal dari Ipoh, Perak ini pernah mengejutkan orang ramai kerana penampilannya. Jangan terkeliru, beliau sebenarnya adalah wanita!

Dengan tubuh badan sasa dan wajah maskulin dia tetap memiliki naluri seorang wanita. Menurut laporan dari Astro Awani, El Lye atau nama sebenarnya Elaine Lye, 37, mula mengambil suplemen steroid sejak tahun 2008 untuk menukarkan bentuk badannya menjadi lebih berotot dan mempunyai bulu pada wajah.

Dalam bidang kecergasan, El telah diiktiraf oleh NATIONAL EXERCISE & SPORTS TRAINERS ASSOCIATION (NESTA) sebagai jurulatih.

Dia menjadi orang Asia pertama yang menyertai pasukan Transform Fitness. El mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam bina badan dan kecergasan. Dia bermula latihan kecergasan sejak berusia 8 tahun.

El mendedahkan perjuangannya mendapatkan badan sado membuatkan dia kehilangan teman lelakinya yang sudah tujuh tahun bersama.

Sumber IG Safiey Illias & El Lye

 

like
love
haha
wow
sad
angry