Bercakap mengena penyanyi dan juga pelakon Elly Mazlein, pasti yang ramai tahu bahawa dia sememangnya terkenal dengan sikapnya yang selamba dan bersahaja.

Elly Perli Bekas Suami Di Instagram

Terbaru, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom telah memuat naik beberapa status di Instagramnya yang kelihatan seperti menyindir bekas suaminya yang juga pengarah, Azmi Hata.

Malah lebih mengejutkan, Elly juga telah menyebut nama Azmi di statusnya itu dengan mengingatkannya mengenai nafkah anaknya Putri Sara Sefhia.

Tidak Akan Berdiam Diri

Menerusi Instagram nya juga, Elly turut berkata dia tidak akan berdiri selagi nafkah anaknya itu diabaikan bekas suaminya. Elly telah berkahwin dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

BACA  Perang Artis! 7 Kontroversi Ini Bikin Gempar Sepanjang Tahun 2017

Tidak lama selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017 dan dikurniakan bayi lelaki sulung pada tarikh yang sama hari ulangtahun perkahwinan. Boleh tahan juga ya Kak Lina! Hari ini sahaja, beberapa artikel mengenai artis sindir di Instagram hangat diperkatakan.

Artikel SebelumnyaIsu Cium Anak : Dazrin Kamaruddin Perli Amar Baharin?
Artikel SeterusnyaLagu Duet Fazura & Anggun Dikritik Teruk Pendengar Indonesia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress