Pengarah serta penerbit Ahmad Idham menyifatkan Anugerah Personaliti Industri Usahawan Malaysia 2018 diterima sebagai pemangkin untuk terus capai kejayaan dalam industri perfileman tempatan pada masa depan.

Idham dipetik portal Astro Gempak berkata pengiktirafan itu amat bermakna selain menyifatkan ia sebagai hadiah istimewa buat dirinya.

“Apabila menerima anugerah dari orang luar bukan dalam industri hiburan ini, mungkin menjadi petanda yang menjawab persoalan saya selama ini berjuang dalam industri yang seringkali menerima kecaman dan tiada sokongan,” kata Idham.

Tambah Idham lagi, anugerah tersebut juga sebagai bukti kepada usahanya yang berterusan tidak kira sama ada apa yang dilakukannya mungkin selama ini betul atau tidak.

“Hari ini kita harus melahirkan lebih ramai pejuang industri untuk kemajuan bidang seni dan menghapuskan permainan kroni yang selama ini kita tahu,” tambahnya.

Selain daripada itu, Idham secara peribadi juga berpandangan bahawa industri perfileman tanah air sebenarnya sudah bersih. Namun katanya, masih wujud segelintir pihak yang bertindak ‘mengotorinya’.

BACA  Kantoi! Netizen Dedah Bukti Ahmad Idham Layan Video Lucah

Sehubungan itu, pengarah tersebut menggesa agar semua pihak tidak gentar untuk memperjuangkan kebenaran demi memajukan industri seni filem tempatan.

Sumber : Astro Gempak

like
love
haha
wow
sad
angry