Tidak pernah mendengar sebarang gosip mahupun kontroversi percintaan mengaitkan dirinya, Zara Zya mengakui hatinya sudah dimiliki oleh pelakon kacak dan sedang meningkat naik Hafreez Adam. Hubungan mereka bagaimanapun baru sahaja beberapa bulan terjalin dan cinta antara mereka berputik ketika sama-sama bergandingan dalam drama bersiri Monalisa.

“Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan saja. Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula.

“Apatah lagi, saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok,” kata Zara dipetik Harian Metro.

Tambah Zara lagi, dia juga tidak melihat soal usia sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan sebaliknya memohon orang ramai supaya mendoakan yang terbaik agar apa yang terbina berkekalan.

“Apa yang pasti hubungan cinta kami terjalin secara semula jadi. Saya harap doakan yang baik-baik saja buat kami. Apapun, saya harap peminat terus menyokong karier seni kami,” tambahnya.

Dahulu, Hafreez pernah mengakui mencintai Zara Zya dengan setulus hati dan tidak pernah menganggap faktor usia sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan dan mencipta keserasian.

Ada juga netizen yang tidak percaya dengan pengakuan dua pelakon ini dan mendakwa ia hanya gimik untuk ‘melariskan’ drama Monalisa. Bahkan ada juga berpendapat sebaik sahaja drama itu tamat tayangan, kisah cinta Zara dan Hafreez pun akan bernoktah.

Tidak kiralah perkara itu betul atau hanya permainan mereka, andai kita doakan yang baik-baik mana tahu suatu hari nanti Zara dan Hafreez benar-benar saling mencintai. Mana tahu selepas habis drama tayangan drama Monalisa Hafreez akan melamar Zara? Jangan lupa jemput team Hangat.com yaaa <3

Sumber : Harian Metro

BACA  8 Kucing Selebriti Malaysia Yang Mampu Buat Anda Cair & Geram
Artikel SebelumnyaAhmad Idham Terima Anugerah & Ingin Hapuskan Permainan Kroni?
Artikel Seterusnya6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"