Ternyata ada juga penyanyi di Malaysia yang memiliki lagu berkonsepkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang pastinya ramai yang tidak tahu.  Beberapa lagu ini berani untuk mengambil tema tersebut, dan ada yang mendapat respon positif.

Hakikatnya, budaya di Malaysia yang hingga kini masih dijaga sangat ketat, sulit menerima dan mengakui kehadiran seorang atau pergaulan para LGBT.

Di bawah ini, kami di Hangat.com senaraikan 4 lagu melayu yang dikatakan memberikan unsur LGBT secara terang-terangan.

4Dirinya Dirimu Diriku- Elite (1998)

Dalam bulan Mac 1998, kumpulan Elite telah mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Tamparan. Terdapat sebuah lagu dalam album itu yang menyentuh isu gay.

Lagu berjudul Dirinya Dirimu Diriku itu berkisarkan tentang konflik percintaan seorang wanita apabila dia mendapat tahu rahsia bahawa teman lelakinya turut mempunyai hubungan percintaan dengan seorang lelaki lain.

Antara rangkap yang menunjukkan percintaan songsang.

Desas desus ku diberitahu
Apa berlaku di belakangku
Memang percaya memanglah benar
Tiada angin pohon tak bergoyang
Kini terjadi tidak dinafi
Mata sendiri menjadi saksi
Jangan kau tentang yang jelas terang
Cinta kau songsang hina dan curang

Ada bait-bait dalam lagu itu meluahkan rasa kecewa bila mengetahui kekasih hati menipu dan ternyata bukan lelaki sejati.

Maaf salah masa salah wanita ‘tuk kau dusta
Kau bukan lelaki sebenar
Cukuplah sudah segala segala helah
Aku perintah berpaling arah
Tidak ku mahu lagi bertemu

Baris akhir lirik lagu itu seolah memberitahu bahawa motif penipuan si lelaki itu ialah kerana untuk menjaga statusnya yang berkemungkinan merupakan seorang yang ternama.

Diriku malu apa berlaku
Cuma sedarlah cinta kau dosa
Dan sampai bila tidak ke mana
Guna wanita ‘tuk mengabur mata
Berpura-pura status dijaga

3Joget Menyanyi – Toki (1998)

Pada tahun yang sama selepas album kumpulan Elite, Tamparan, dikeluarkan, album To’ki berjudul Hujan Emas juga terpalit dengan kontroversi LGBT. Dalam album itu mengandungi lagu Joget Menyanyi yang senikatanya juga turut menyentuh isu gay.

Lagu berentak tradisional yang agak popular dan menarik didengar itu adalah ciptaan dan tulisan To’ki sendiri.

Senikata lagu Joget Menyanyi mengandungi pemerhatian dan mungkin juga pengalaman penulisnya terhadap isu homoseksual dan lesbian di Malaysia pada 1990-an. Menurut satu artikel dari URTV tulisan Nas Ahmad, To’ki, memberitahu dia ke pusat peranginan terkenal dan dapat lihat sendiri aktiviti homo dan lesbian. Pada masa yang sama dia jadikan senario ini sebagai ilham untuk lagu baru.

Lirik Lagu Joget Menyanyi

Di kampung ini
Di depan tangga pohon melambai
Hai angin tiup
Katanya sepoi bahasa

Gerimis turun
Tak sangka kilat guruh berdentum
Di kampung ini
Ku rasa damai sekali

Jalan pesisiran pantai
Ramai gadis berpegangan tangan
Si pemudanya pula
Jatuh cinta sesama

2The Lima- Separuh Masa

Lagu nyanyian The Lima, dahulunya artis di bawah naungan KRU Music itu dikaitkan dengan kisah cinta lelaki gay. Betul ke?

Memang tak dapat dinafikan jika didengar sepintas lalu, ada kebenarannya juga lagu berkenaan seolah bercerita tentang golongan gay. “Makna liriknya ada kecenderungan ke arah itu namun setiap orang mempunyai tanggapan berbeza terhadap sesuatu termasuklah lagu ini.

Lirik Lagu Separuh Masa

Dulukan telah diberitahu
Jangan mengganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya teman istimewa

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu

Menurut laporan dari Utusan Online, Edry KRU yang menulis lirik ini berkata, dia tidak boleh salahkan masyarakat kalau berfikir sumbang tentang lirik lagu tersebut.

Jadi bolehlah siapa saja menganggap lagu ini untuk golongan gay! Tetapi untuk Edry, dia mempunyai sebab dan musabab dalam menghasilkan lirik yang mesra telinga itu. Edry minta dia diadili dengan saksama dalam menilai lagu berkenaan.

1Ning Baizura- Bukan Wanita Sempurna

Pada tahun 2013, penyanyi bersuara soprano Ning Baizura telah keluarkan album berjudul Kekal. Terdapat sebuah lagu dalam album itu yang menyentuh isu gay. Lagu yang diberi judul Aku Bukan Wanita Sebenar itu berkisarkan menceritakan sepasang suami isteri, di mana si isteri seorang  yang setia pada suaminya .

Namun begitu, segala nya berubah apabila si suami curang. Walaupun dalam lirik lagu itu tidak menyatakan punca suaminya berpaling tadah tetapi dalam Muzik Video menceritakan segalanya.

Suaminya telah jatuh cinta dengan jejaka kacak jadi si suami mempunyai keinginan seksual yang berbeza dengan lelaki normal (bisexual).

Si isteri merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh suaminya sehinggalag satu hari, si suami tertidur sambil memegang telefon bimbit. Si isteri merasa pelik, lalu terus mengambil telefon suaminya itu. Alangkah terkejut si isteri apabila melihat gambar si suami dengan jejaka tidak berbaju dalam hubungan songsang!

Apa pandangan anda? Bagi kami di hangat.com, suka atau tidak isu mengenai Homoseksual ini adalah sebuah realiti dalam kehidupan kita sekeliling sejak kebelakangan ini. Cuma budaya kita di Malaysia yang hingga kini masih tidak menerima kehadiran atau pergaulan para LGBT. 

Sumber Utusan