Walaupun di anak-tirikan dalam sebuah acara fesyen baru-baru ini, Izzue Islam tekad untuk terus memperbesarkan koleksi pakaiannya yang turut mempunyai jenama sendiri, Izzuexclusive.

Jadi Model Seluar Dalam?

Selain daripada kurta, baju melayu dan juga pakaian kasual Izzue kini turut memperkenalkan satu lagi pilihan pakaian lelaki iaitu seluar dalam lelaki (boxer). Jika dilihat pada koleksinya, sudah pasti Izzue sendiri yang menggayakannya.

Namun ramai yang tertanya adakah Izzue sendiri akan menjadi model seluar dalam jenamanya?

Bertindak untuk menjaga sensitiviti agama dan masyarakat, Izzue menerusi wawancara sebuah portal memberitahu, dia sama sekali tidak akan menjadi model seluar dalam kerana terdapat sensitiviti yang perlu dijaga. Apatah lagi, jika ianya dipakai begitu sahaja, jelas akan menimbulkan kontroversi dan juga spekulasi bukan?

5 Koleksi ‘Sold Out’

Dalam perkembangan lain, baru sahaja dilancarkan semalam kesemua 5 koleksi seluar dalam jenama Izzuexclusive habis dijual! Tidak memerlukan Izzue memakainya, nampaknya Izzuexlclusive sudah mempunyai pengikutnya tersendiri. Tahniah dan syabas Izzue!

Artikel SebelumnyaTuduhan Membunuh! Bekas Gitaris Ekamatra Bakal Dipenjara
Artikel SeterusnyaImpian Yuna Berkolaborasi Dengan Zedd Tercapai? Ini Buktinya
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress