Kalau sebelum ini, jutawan kometik Dato Seri Vida atau DSV telah mengeluarkan lagu ‘I Am Me’ namun kali ini DSV nampaknya berhasrat mahu keluarkan lagi lagu terbarunya. Dengar kata, lagu baru ini berkonsep Hip hop dan bukan nyanyian DSV tetapi khas buat anak gadisnya Cik B yang kini berusia 13 tahun.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh DSV dalam akaun instagramnya, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin terlihat senyum tersimpul malu diwajahnya saat ditemukan dengan penyanyi muda popular Ismail Izzani.

Dalam video itu, Ismail bersetuju untuk menghasilkan sebuah lagu Hip Hop untuk Cik B. Malah DSV juga terlihat yakin dengan kemampuan anaknya yang boleh menyanyikan lagu dengan baik.

Siapa tahu, selepas ini Cik B bakal muncul menggegarkan dunia hiburan dengan lagu Hip hopnya. Pasti ramai yang tidak sabar ingin menunggu lagu bagaimanakah Cik B bakal persembahkan lagunya, pasti Cik B juga akan mencipta tarian unik tersendiri.