Benar! Dan ianya bukanlah disunting ataupun sebaliknya kerana sejak semalam tular mengenai Logo huruf ‘A’ di Menara Telekom ataupun lebih dikenali sebagai Menara TM.

Demam Avengers Bermula

Untuk anda yang tidak kenal dengan logo ‘A’ tersebut, ianya adalah logo rasmi bagi pasukan adiwira-adiwira hebat iaitu Avengers. Mengesahkan berita tersebut, TM turut mempromosikan gambar tersebut di media sosial dan hangat diperkatakan.

‘Penampakan’ logo tersebut bermakna bermula lah demam filem Avengers yang mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia.

BACA  Alif Satar & Isteri Pasti Menangis Serentak Setiap Kali Di Pagi Raya. Kenapa Ya?

Jika di Singapura, ramai yang sanggup beratur untuk berjumpa dengan pelakon filem ini, di Malaysia pula ramai yang tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar tersebut yang julung kali kelihatan.

Menurut sumber, logo berkenaan boleh dilihat pada jam Β 8 hingga 10 malam sehingga 29 April ini.

Tayangan Serentak Hari Ini

Malah filem yang dijangka bakal mencatat sejarah kutipan filem di dunia itu hari ini memulakan tayangannya serentak di seluruh dunia.

Malah tinjauan Hangat.com di semua pawagam di Malaysia memperlihatkan MBO Cinemas memulakan tayangannya paling awal pada jam 9.20 pagi ini dan boleh dikatakan diseluruh pawagam hari ini tiket habis dijual.

Kami sendiri tidak sabar untuk menontonnya, dan untuk anda yang sudah menontonnya, ini amaran daripada Thanos!

BACA  Kini Bergelar Bapa! Dr Say Shazril Kongsi Detik Cemas Kelahiran Anak Sulung