Tidak tahan dikritik selain sukar untuk menahan naluri dirinya, pengusaha kosmetik, Safiey Ilias ternyata nekad kembali menjadi mak nyah.

Ramai yang tahu, Safiey yang sebelum ini adalah mak nyah yang mendapat liputan media meluas kerana keputusannya untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati. Malah tindakan Safiey untuk sama-sama menyertai tabligh turut membuatkan ramai insan lain menjadikan dia contoh untuk berubah.

Tunaikan Umrah

Safiey sempat mengerjakan umrah pada tahun 2016 pada ketika itu penampilannya sudah berubah seperti lelaki. Dia berjaya mendapat pengendali haji, atau mutawif, yang faham perasaan ‘mak nyah’ untuk membimbingnya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Kepetusan Safiey ini telah mendapat sokongan dari peminatnya dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. Menerusi Instagram milik Safiey, salah seorang peminat ini telah menghantar mesej meluahkan rasa kagum terhadap dirinya.

BACA  Safiey Ilias Berubah Sekadar Gimik Lagu Baharu?

Peminatnya ini menganggap Safiey adalah pondan yang sangat beruntung kerana sempat menjadi tetamu Allah ketika dia berubah jadi lelaki.

“Hye Safiey. Saya suka tengok awak. Mula dari masa awak jadi lelaki balik sampai sekarang. Mungkin tak cukup lama. Tapi saya tahu awak tahu buruk baik apa yang awak buat. Awak pondan yang sangat beruntung Safiey. Sebab Awak sempat pergi Haji. Allah titipkan hato awak untuk berubah jadi lelaki dulu dan jemput awak ke rumahNya”

Mesej itu telah dibalas baik dari Safiey dengan menulis:

“Doa banyak-banyak untuk dijemput jadi tetamu Allah. Ramai orang kaya pun Allah tak jemput walau ada upaya duit boleh pergi”

Siapa sangka dalam ramai-ramai yang mengkritik beliau, ada juga yang mengkagumi kisah kehidupannya. Dia mungkin melakukan kesilapan dan bukan manusia yang  sempurna.

BACA  Zulin Aziz Dianggap Terdesak Untuk Berkahwin?

Fahamkan dia dengan sebaiknya. Mengkritik dan menghina tidak akan membawa perubahan yang baik. Ia hanya menghantar dia pada kehendak mahu sahaja kembali ke jalan lama.

Kita tidak pernah tahu mana amalan kita yang diangkat tuhan, seperti mana kita tidak tahu kejahatan mana yang akan membakar di hari pembalasan kelak. Jika ada mereka yang tersasar, bantulah dengan berhikmah seperti mana kita mahu dibantu.