[VIDEO] Faizal Tahir Cipta Lagu Sempena Pilihan Raya?

182

Penyanyi Faizal Tahir tidak menyangka lagu ciptaan terbarunya berjudul Malaysia diedar ketika Rakyat Malaysia sedang membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Menurutnya Faizal, ia bukan dirancang tapi kebetulan namun ramai uang membuat spekulasi  lagu itu sengaja dicipta sempena PRU-14.

“Bukanlah kami rancang untuk tampil dengan single Malaysia sempena PRU-14, sebaliknya apa yang berlaku adalah kebetulan.”

Menurut laporan dari BH Online, Faizal memberitahu, ada mesej istimewa yang cuba disampaikan melalui lagu ini kepada rakyat Malaysia.

“Secara tidak langsung, lagu ini dapat menjadi pembakar semangat untuk rakyat Malaysia bersatu biarpun berbeza pendapat dan sebagainya. Sebagai komposer dan penyanyi, ini adalah salah satu sumbangan saya kepada negara.

“Saya dapat idea untuk menghasilkan lagu cintakan negara yang boleh dimainkan pada bila-bila masa, bukan sepanjang Bulan Kemerdekaan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2016, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne pernah melancarkan sebuah lagu yang diinspirasikan oleh lagu patriotik yang dinamakan “Negaraku”.

BACA  [REVIEW] Filem Reside Tiru Gaya 'Hantu Korea'?