Sebelum filem Avengers Infinity War mencetuskan fenomena, Dukun terlebih dahulu menciptanya apabila baru beberapa hari ditayangkan sudah meraih 4 juta kutipan.

Lebih 10 Juta Kutipan Dalam Masa 20 Hari

Terkini, tahniah Hangat.com ucapkan buat seluruh produksi dan pelakon filem ini kerana telah mencapai kutipan lebih daripada RM10 juta selama 20 hari tayangan. Barangkali ini adalah hikmah filem ini digantung tayangan 12 tahun yang lalu.

Diarahkan oleh Dain Said filem ini ternyata punyai kekuatannya tersendiri selain dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Datin Seri Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Umie Aida Bersyukur

Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Umie Aida melalui akaun Instagramnya. Selain mengucapkan rasa syukur di atas kejayaan filem tersebut Umie juga mengucapkan terima kasih atas sokongan penonton di Singapura, Brunei dan juga di tanah air.

“Alhamdulilah. Terima kasih atas sokongan anda semua. Teruskan sokongan anda pada filem-filem Malaysia yang akan keluar di pawagam nanti. Sekali lagi terima kasih Malaysia & Singapore & Brunei,”

Anda sudah menonton Dukun? Apakah ulasan anda mengenai filem ini? Kami sudah menjelaskan ulasan kami pada artikel terdahulu dan percaya ianya antara naskhah terbaik pernah dikeluarkan pada tahun itu.