Pernah tak anda terserempak dengan seseorang yang turut memakai baju sama seperti anda? Apakah perasaan anda ketika itu? Melarikan diri atau hanya berlagak ‘cool’? Bagaimana pula jika peminat menjumpai selebriti yang memakai pakaian yang sama seperti selebriti lain?

Fasha Sandha Pakai Baju Sama Dengan Nora Danish

Benar, selebriti yang dimaksudkan adalah Fasha Sandha kerana memperlihatkan pakaian yang dipakainya menerusi laman Instagram sama seperti Nora Danish! Hangat.com difahamkan Fasha telah memakai dress hijau yang bercorak untuk sebuah penggambaran drama terbarunya.

Namun begitu, netizen terlebih dahulu ‘menjalankan’ kerja mereka dengan memerli Fasha pakai dress sama seperti Nora dan tidak kurang juga yang membandingkan kedua-dua selebriti yang pernah bermasam muka suatu ketika dahulu.

BACA  Sedih! Fasha Sandha Keguguran Cahaya Mata Pertama Bersama Aidil Aziz

Kami Sudah Move On – Fasha

Menjawab persoalan netizen di Instagram, Fasha mengaku bahawa pakaian mereka sama dan dia terlebih dahulu memakai baju itu sekitar empat bulan yang lalu. Menafikan dia mempunyai masalah dengan Nora, dia jelas sekali tidak kisah jika pakaian yang dipakai mereka adalah sama dan turut memberitahu kedua-dua mereka sudah melupakan sengketa yang lalu.

Tambah Fasha, dia sempat berpesan kepada netizen untuk ‘unfollow’ akaun Instagram nya sekiranya mereka merasakan rimas atau tidak berpuas hati dengannya. Fuhh padu punya Fasha bagi!