Kini semua lagu tak kira lama atau baru boleh di dengar jika ada Internet. Generasi sekarang adalah generasi yang sangup mengadap telefon pintar berjam-jam untuk memuat turun lagu atau mendengar lagu menerusi aplikasi popular seperti Youtube, Netflix dan sebagainya.

Mungkin ramai yang tak tahu, sejak bila lagu-lagu popular di Malaysia boleh didengar menerusi dalam talian.

Pada tahun 1996, buat julung kalinya lagu-lagu oleh penyanyi Malaysia telah dimuat naik ke dalam internet secara sah! Ketika itu penggunaan internet di Malaysia adalah sangat rendah, malah boleh dikatakan internet belum dikenali. Rata-rata yang berpeluang menggunakan internet jika berada di tempat kerja atau tempat belajar masing-masing.

BACA  Inilah Dia Abang Hulk Terlebih Sado Dari Iran!!

EMI Laman Sesawang Pertama

Bermulanya lagu-lagu dai penyanyi Malaysia tersebar ke seluruh dunia melalui internet selepas syarikat rakaman antarabangsa cawangan Malaysia iaitu EMI telah menghasilkan sebuah laman web untuk mempromosikan artis-artis mereka. Mengejutkan pada 1996, istilah laman web belum tercipta lagi dan ia sekadar dipanggil ‘homepage’.

Foto: Arkib Negara

Menurut keratan akhbar dari Utusan pada 13 April 1996. Syarikat rakaman EMI Malaysia mengorak langkah sebagai syarikat rakaman pertama di negara ini yang mempunyai home page sendiri yang boleh mengeluarkan bunyi pada 13 April 1996. Kumpulan artis pertama yang lagu-lagu mereka dimuat naik ke dalam internet terdiri daripada 3 penyanyi iaitu dari lagu-lagu ni.

3Ella – Demi

2KRU – Ooh La La

1Krisya – Gemersik

Hanya 15 Saat Di Internet

Generasi sekarang mesti terkejut apabila mengetahui bahawa setiap lagu tersebut disiarkan selama 15 saat sahaja! Lagu penuh tidak dapat dikeluarkan kerana ia sekadar untuk mempromosikan jualan kaset dan cakera padat.

BACA  Ramai Tak Tahu, 4 Lagu Melayu Ini Sentuh Isu Gay

Anda perlu faham pada 1996 talian internet tidaklah selaju seperti hari ini yang boleh dengar lagu tanpa henti. Nak memuat turun lagu yang cuma bertempoh 15 saat tu pun sudah dianggap sesuatu yang hebat pada ketika itu.

EMI Bertapak di Malaysia Sejak Tahun 1966

EMI  yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 dalam melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.

Sebelum itu, Universal Music secara rasmi mengambil alih peranan EMI sejak 1 September 2013, sekali gus menjadikan Universal Music sebagai syarikat rakaman paling besar dan banyak memiliki katalog rakaman muzik.

pernah melahirkan penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad, Datuk Sheila Majid, Ella dan ramai lagi.

BACA  Hanya 3 Artis Ini Menerima Pengiktirafan Biduan Dan Biduanita Negara

Sumber Utusan Malaysia, Arkib Negara, Astro Awani