Perubahan ketara bentuk badan pelakon Hafizul Kamal menarik perhatian ramai peminat. Menerusi salah sebuah perkongsian Hafizul di laman Instagram miliknya, selebriti yang dilahirkan menerusi program realiti On-Air itu berkongsi mengenai perubahan bentuk badan yang dialaminya.

“Saya hanya ada enam minggu untuk siapkan badan saya sebelum shooting filem Paskal. Tak hebat mana tapi itu lah enam minggu wei.

“Ini tanggungjawab, takkan badan barai nak bawak nama Paskal. Tak besar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean,” tulis Hafizul.

Di ruang komen, rata-rata peminat memuji penampilan Hafizul yang kelihatan semakin tegap dan sado.Β Peminat juga memberikan kredit kepada Hafizul atas kesungguhannya untuk melakukan transformasi bagi menjayakan watak Bintara Muda Imran dalam filem Paskal. Filem tersebut mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

BACA  Bawakan 3 Lagu Hits, Calum Scott Pukau Tetamu Di Era Of Live Party

Justeru, Hafizul bersyukur kerana dia mampu mendapatkan β€˜kesasaan’ yang diinginkan hasil disiplin yang tinggi atas bantuan jurulatih kecergasan peribadi, Mohd. Khairi hanya dalam tempoh enam minggu.

Selain Hafizul, pelakon lain yang membintangi Paskal ialah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Filem terbitan bersama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas serta Multimedia Entertainment itu mendapat kerjasama sepenuhnya dari TLDM dan dikatakan menelan belanja kira-kira RM10 juta.

Sumber : Instagram Hafizul Kamal