Sokongan penyanyi rap terkenal Kanye West terhadap Donald Trump ternyata tidak mendapatkan respon yang baik daripada rakan-rakan artis yang lain. Akibatnya, suami kepada personaliti TV popular Kim Kardhasian di-‘unfollow’ ramai peminat dan juga para selebriti.

Laporan dari Pop Crave, didapati sekurang-kurangnya ada lapan akaun artis yang tiba-tiba tidak lagi mengikuti Kanye West. Antaranya Justin Bieber, BTS, The Weeknd, Rihanna, Ariana Grande, Harry Styles, Katy Perry, Nicki Minaj dan Kendrick Lamar.

Tidak hanya itu, Kanye West dikhabarkan juga kehilangan begitu banyak pengikutnya di akaun Twitter. Lebih kurang 9.2 juta akaun yang tiba-tiba berhenti mengikutinya di laman sosial tersebut.

Kanye mula kehilangan peminatnya selepas tindakannya terang-terangan memberikan sokongannya Presiden Amerika Syarikat itu di media sosial. Sebelum itu, Kanye ada memuat naik foto dirinya mengenakan topi berwarna merah dengan tulisan ‘Make America Great Again’ dan mengkritik bekas presiden Barack Obama.

Sumber : Pop Crave