Pelakon jelita, Bella Dally mengaku bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang tenang dan memahami akan kerjaya seninya. Namun begitu, Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally enggan terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi dan rumah tangganya dengan aktor, Nazim Othman kepada umum.

Menurut Bella, apa yang dilalui oleh dirinya saat ini adalah sama seperti para wanita lain yang telah berkahwin dan berumah tangga. Pada masa sama, Bella turut bersyukur kerana tidak dinafikan suaminya selama ini tidak pernah merungut mahupun menghalang minatnya untuk terus bergiat aktif dalam dunia seni. Bella Dally juga mahu lebih menyerlah dalam bidang lakonan tanpa perlu dibayangi suaminya, Nazim. 

“Saya akui lebih ramai peminat yang mengenali saya sebagai isteri kepada Nazim. Sejujurnya, saya tidak terkesan dengan perkara itu, semuanya okay sahaja.

“Tetapi, saya turut menyimpan impian untuk maju melangkah dalam bidang lakonan. Saya mahu dikenali dengan nama sendiri. Kata bella pada astro gempak.

Bella dikatakan bakal muncul dalam drama bertajuk Makmun Yang Paling Aku Cinta. Dalam drama adaptasi tersebut dia membawa watak sebagai seorang gadis yang bisu.

BACA  Menang Saman! Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Peroleh Tuntutan RM345,305

Bella dan Nazim telah berkahwin pada 10 Oktober 2016. Majlis akad nikah mereka berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah dan selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Sumber : Astro Gempak