Harapan Rozita Che Wan Selepas Kongsi Video Pendek Tun Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dalam keadaan penuh emosi dalam sebuah filem pendek bersama dua kanak-kanak.

Dalam video berkenaan, seorang kanak-kanak perempuan bernama Aisyah bertanya kepada Mahathir yang dipanggilnya atuk, mengapa beliau masih perlu bekerja.

Versi rakaman berkenaan yang lebih lama dimuat naik di laman Facebook rasmi perdana menteri keempat itu. Mahathir turut berkongsi sebahagian rakaman itu di Twitter miliknya.

Che Ta Kongsi Video Tun Mahathir

Video penuh emosi ini turut dikongsi oleh pelakon dan penerbit Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta di Instagram miliknya.

Nampaknya Che Ta turut terkesan dengan video pendek ini. Menurut Che Ta, dia bercakap bukan atas kapasiti sesiapa, sebaliknya mengharapkan yang terbaik untuk negara kita Malaysia.

Video Pendek Dari Pengarah Berbakat

Tidak dapat dinafikan, memang sebuah video yang menyentuh hati kepada rakyat malaysia. Video ini diarahkan oleh seorang aktivis seni perfileman tanahair, Areel Abu Bakar. Beliau bakal keluarkan filem aksi pertama terbitan & arahannya sendiri bertajuk GERAN pada tahun ini. Filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia ini berkisarkan kisah pejuang seni silat pusaka gayong. Sama-sama kita nantikan!

Artikel SebelumnyaTahniah! Elvira Juara Mentor Otai 2018
Artikel SeterusnyaAnak-Anak Aliff Syukri Meraung Ditinggalkan Bersama ‘Orang Susah’
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.