Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah konsert yang menggabungkan tiga penyanyi hebat, Anuar Zain, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Lepas Kerinduan Peminat

Tumpuan pada malam itu lebih tertumpu pada Anuar Zain dimana dengan adanya konsert ini ternyata kerinduan peminat-peminat terhadap pelantun lagu Keabadian Cinta ini terubat.

Manakan tidak, Anuar sendiri sudah lama tidak membuat persembahan berskala mega seperti ini dan Hangat.com difahamkan persembahan pada malam itu cukup hebat dengan masing-masing menampilkan persembahan yang memukau dengan gaya nyanyian tersendiri.

Muka Anuar Zain Terkini Jadi Bualan Netizen

Namun begitu, disebalik kerinduan yang terubat ada pula segelintir yang mendakwa wajah terkini Anuar agak berlainan daripada sebelum ini. Malah ada juga yang berkata wajah penyanyi itu saling tidak tumpah seperti Datin Seri Umie Aida.

BACA  Umie Aida Izinkan Suami Menikah Lagi, Ini Sebabnya!

Suka untuk kami imbas kembali mengenai kenyataan terdahulu Anuar pada Utusan Malaysia sekitar 2012, bahawa dia mengaku pernah menjalani rawatan muka.

Namun begitu ianya bukanlah suntikan botox seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya itu adalah rawatan berbentuk urutan.

“Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutan di bahagian wajah saya. Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya”

Barangkali mungkin kerana Anuar sudah lama tidak muncul pada majlis seperti itu membuatkan peminat hampir terlupa mengenai fizikal penyanyi ini. Apa pun kami pasti, ramai yang menanti akan lagu terbarunya bukan?

BACA  Sambungan Kisah Cinta Isteri Anuar Zain Didedahkan Oktober Ini

Gambar  Facebook Neyra Shazeyra