Kehangatan filem Avengers: Infinity War masih lagi dirasai. Malah filem ini bakal mencatat satu sejarah baru bagi kutipan filem tidak lama lagi. Namun begitu, kita sedia maklum bahawa pelakon tanah air, Raja Ilya telah menolak tawaran daripada Marvel atas sebab-sebab tertentu meskipun sudah terbang ke Hollywood untuk menjalani penggambaran filem terbaru keluaran produksi terkenal itu.

Gambar Raja Ilya Disunting

Sejak mengumumukan penolakan tawaran tersebut, Ilya teruk dikecam netizen. Manakan tidak, rata-ratanya menganggap pelakon ini sekadar mereka-reka cerita malah ada juga yang menganggap Ilya sebagai ‘syok sendiri’.

Terbaru, selepas Marvel memberi ‘teaser’ pada pengakhiran filem Avengers : Infinity War dimana bakal munculnya satu lagi watak baru iaitu Captain Marvel, Ilya sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen.

Tular di media sosial mengenai gambar watak Captain Marvel namun begitu wajah Captain Marvel yang bakal dilakonkan oleh Brie Larson telah disunting menjadi gambar Ilya.

Ilya Mohon Netizen Solat Taubat

Dalam perkembangan lain menerusi perkongsian Harian Metro, Ilya menganggap ianya hanyalah usikan nakal daripada netizen. Malah pelakon ini turut berseloroh dengan memohon netizen untuk menunaikan solat taubat sempena dengan Nisfu Syaaban semalam.

“Tak masuk akal! Saya pun tak tahu nak cakap apa, cuma harap mereka ambil kesempatan buat solat taubat sempena (Nisfu Syaaban) malam ini. Kalau kata saya tolak tawaran Marvel sebab kena tampil seksi, cuba tengok, seksi apa begitu?”

Untuk anda yang telah menonton filem Avengers: Infinity War, tahukah anda watak Proxima Midnight, sekutu kepada Thanos antara watak yang berkemungkinan besar Ilya akan pegang? Namun begitu ianya telah dilakonkan oleh Carrie Coon.