Baru sahaja muncul dalam filem Dukun selepas 12 tahun filem ini tidak ditayangkan, pelakon Namron pernah merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia ke-29 pada tahun lalu.

Nama Digugurkan

Baru-baru ini, Namron telah memuat naik status di laman Twitter berkongsi luahan hati apabila namanya telah ditolak oleh sebuah stesen TV untuk telefilem sempena hari raya.

Walaubagaimanapun, Namron turut mendedahkan bukan hanya dia seorang sahaja tetapi pelakon Amerul Affendi turut mengalami nasib yang sama.

View this post on Instagram

Rudi Harimau di Laut 🎬🎥🎭

A post shared by amerul_affendi (@amerul_affendi) on

Tweet tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut meluahkan rasa kecewa melihat keadaan industri lakonan yang semakin menghasilkan pelakon kurang berkualiti.

Sehingga kini kami di Hangat.com tidak pastikan apakah punca sebenar namanya telah ditolak oleh sebuah stesen TV itu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu, apa-apa pun kami mengharapkan penjelasan dari stesen TV tersebut. Sama-sama kita nantikan.

Sumber IG Namron