Kita sedia maklum bahawa ejen Natasha Romanoff atau Black Widow yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson merupakan satu-satunya adiwira perempuan dalam pasukan Avengers sebelum munculnya Scarlet Witch.

IKLAN

Namun begitu tahukah anda, pada asalnya filem Avengers meletakkan The Wasp sebagai heroin perempuan mereka sebelum Marvel mengambil keputusan untuk pertaruhkan Black Widow.

Dan kelak, Black Widow dan Scarlet Witch akan ditemani The Wasp dan Captain Marvel dalam Avengers tahun hadapan.

Black Widow Bakal Difilemkan

Seperti watak-watak lain yang mempunyai filemnya tersendiri, besar harapan peminat untuk melihat filem solo Black Widow. Berita baik untuk anda, filem ini bakal direalisasikan setelah penulis skrip, Jac Schaeffer telah ditugaskan untuk projek Marvel itu. Terima kasih kepada Iron Man 2 kerana memperlihatkan kemunculan Black Widow sebelum terus muncul dalam filem terbitan Marvel sebanyak enam kali termasuk Avengers yang terbaru.

BACA  [GIVEAWAY] Tayangan Perdana Filem Seram Indonesia "Hide&Seek Minako"

Black Widow Dalam ‘Phase Four’

Meskipun hanya khabar angin, namun peminat-peminat terlebih dahulu teruja dengan berita ini. Apatah lagi Marvel belum lagi mengumumkan ‘Phase Four’ mereka seperti sebelum ini.

Terdahulu, Marvel telah mengesahkan bahawa dalam ‘Phase Three’ mereka, sebanyak 10 filem dipertaruhkan untuk menguatkan jalan cerita dalam setiap ‘phase’ . Filem- filem dalam ‘Phase ketiga’ ini adalah

2016

  • Captain America
  • Doctor Strange
  • Guardians Of The Galaxy Vol 2

2017

  • Spider-man: Homecoming
  • Thor : Ragnarok

2018

  • Black Panther
  • Avengers : Infinity War
  • Ant-man And The Wasp

2019

  • Captain Marvel
  • Avengers (masih dirahsiakan tajuknya)
  • Untitled Spider-Man: Homecoming Sequel

Ditayangkan Pada 2020?

Jangkaan yang dibuat peminat

Melihatkan pengesahan ‘Phase 3’ tersebut, peminat telah membuat andaian Black Widow bakal ditayangkan pada tahun 2020 bersama-sama filem Black Panther dan Guardian Of The Galaxy Vol 3.

BACA  Scarlett Johansson Dilaporkan Menerima Bayaran Tinggi Untuk Filem Black Widow

Hangat.com pasti ramai yang teruja untuk mendengar pengumuman rasmi daripada Marvel mengenai ‘Phase Four’ mereka kelak!