‘Misteri’, Ernie Zakri Jadi Gadis Saiko Kerana Kecelaruan Personaliti

1.1K

Sebelum ini Ernie Zakri pernah melancarkan lagu berjudul Misteri dan memuat naik video lirik lagu di laman YouTube pada 27 Mac lalu. Namun video itu secara tiba-tiba ‘hilang’ dari laman berkenaan selepas ia dipadamkan semula oleh pihak Ernie dan syarikat pengurusan Fantasia Music City (FMC) hanya beberapa hari selepas ia dimuat naik.

Jelas Ernie, video berkenaan berdepan masalah teknikal gangguan audio yang menyebabkan dia dan FMC terpaksa mengambil tindakan sedemikian. Misteri tak?

Muzik Video Rasmi Baru Dilancarkan

Setelah sekian lama, akhirnya Ernie telah melancarkan muzik video rasmi di saluran Youtube yang sama iaitu FMC Music. Tahniah Ernie! sebuah Muzik Video yang menerima banyak pujian dari penonton di Youtube. Kami di Hangat.com juga rasa meremang mendengar alunan melodi lagu itu dan jalan ceritanya juga amat misteri.

Kisah Seorang Gadis Saiko (Kecelaruan personaliti)

Berikut sedikit ulasan tentang penceritaan dalam video ini dari penonton di Youtube.  MV yang cukup meruntun jiwa ini mengisahkan seorang gadis yang dilakonkan oleh Ernie dari keluarga mewah. Gadis ini hidup kesunyian sebab gangguan perasaan masa lampaunya. Mungkin gadis ini trauma sebab melalui pengalaman terlalu sedih atau sangat menakutkan sebelum ini.

Lelaki dalam video ni yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat digambarkan sebagai Doktor pakar jiwa yg merawat gadis itu. Namun ada sesuatu yang pelik tentang buku catatan lelaki ini. Manakan tidak, seorang doktor pakar jiwa bukan nya menggunakan ‘scrapbook’ begitu. Jadi siapa yang saiko sebenarnya?

Mungkin juga ada twist dlm kisah lagu ‘MISTERI’ ini, mungkin juga sebenarnya lelaki itu lah, yg mengalami gangguan mental. Dia sebenarnya bukanlah doktor sakit jiwa yg merawat gadis itu tapi hanya sebagai teman sepermainan untuk sentiasa menemani dan menghibur hati gadis yang kesunyian itu.

Apa-apa pun, sangat cantik dan menarik video lakonan beremosi Ernie dan Hasnul yang hebat ini, seolah-olah menonton filem pendek kisah misteri pula. Anda kena tonton sendiri untuk nilaikan.

Bakat Ernie Baru Disedari

Lagu bergenre balada itu dihasilkan komposer yang meningkat naik, Gouffran, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam dan diterbitkan oleh Lee Sze Wan.

Biarpun telah menyertai industri muzik sejak lapan tahun lalu selepas muncul juara Bintang RTM pada tahun 2009, bakat Ernie hanya disedari oleh orang ramai baru-baru ini apabila bergandingan dengan Syamel menerusi lagu Aku Cinta.