Apakah lagu kegemaran anda yang sering kali dimainkan di telefon bimbit mahupun peranti muzik? Dan adakah lagu tersebut pernah memenangi pelbagai anugerah? Hangat.com imbas kembali 6 lagu terbaik antarabangsa ini yang sememangnya digemari ramai sehingga ke hari ini.

Malah boleh dikatakan keenam-enam lagu ini bakal membuatkan bulu roma anda meremang! Untuk hayatinya, nasihat kami dapatkan fon telinga yang terbaik, dan dengarkan lagu-lagu ini dalam skala kelantangan tinggi!

1. Michael Jackson – Earth Song

Tidak dinafikan lagenda muzik ini punyai aura muziknya tersendiri. Pelbagai anugerah dan kejayaan dikecapinya menerusi pelbagai lagu milik Michael Jackson. Namun suka untuk kami fokuskan pada lagunya yang berjudul Earth Song. Punyai maksudnya yang tersirat, lagu ini telah mencetuskan fenomena nya yang tersendiri dan tahukah anda King Of Pop ini satu-satunya penyanyi yang pernah membawa kereta kebal menerusi konsertnya.

2. Madonna – Like A Virgin

Jika Michael Jackson adalah Raja Pop, Ratu Pop Dunia pula disandang oleh Madonna. Masih aktif sehingga kini, Madonna juga telah mencetuskan fenomenanya sendiri. Selain La Isla Bonita, Like A Virgin juga antara lagu pop terbaik sepanjang zaman! Buktinya, lagu ini telah tersenarai dalam sebagai “500 Songs That Shaped Rock And Roll

3. Justin Timberlake – Like I Love You

Selepas berundur dari kumpulan NSYNC, Justin Timberlake bergerak solo dan cemerlang dalam kariernya tersendiri. Boleh dikatakan setiap lagunya mendapat sambutan yang hangat dan salah satunya yang paling diingati adalah Like I Love You dan turut diiktiraf Hollywood sebagai lagu solonya yang terbaik.

4. Britney Spears – Baby One More Time

‘Princess Of Pop’ ini juga antara penyanyi kegemaran ramai sepanjang zaman. Lagu-lagunya ketika zaman popularitinya sehingga kini dimainkan di corong radio. Malah Britney Spears pernah menembusi carta dunia dengan single Baby One More Time!

5. Celine Dion – My Heart Will Go On

Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Celine Dion dan lagu berhantunya, My Heart Will Go On sentiasa menjadi tarikan dunia. Malah lagu tema filem Titanic ini sering kali memukau setiap penonton dan pendengar dengan gemersik suara Celine. Sebagai fakta, Celine hampir enggan menyanyikan lagu ini namun begitu siapa sangka lagu ini mendapat pengiktirafan sebagai “one of the best-selling singles of all time” dan “world’s best-selling single of 1998″.

6. Whitney Houston – I Will Always Love You

Lagu mendiang Whitney Houston ini tersenarai sebagai pilihan lagu sepanjang zaman. Sering kali dimain dan dinyanyikan penyanyi popular, I Will Always Love You sentiasa memukau sesiapa sahaja yang mendengarinya. Tahukah anda lagu ini pernah digunakan oleh Saddam Hussein sebagai lagu tema pelantikan semulanya dalam pilihanraya negara suatu ketika dahulu.