Sebelum munculnya filem Avengers: Infinity War, filem sulung Black Panther terlebih dahulu mencipta nama dan rekod baru bagi filem superhero. Malah ramai yang menganggapnya sebagai filem terbaik superhero pernah dihasilkan oleh mana-mana produksi.

Tercalon Dalam 7 Kategori

Penangan kehebatan filem keluaran Marvel itu, Black Panther turut tercalon bagi 7 kategori MTV Award dan mendominasi antara anugerah yang dipertandingkan. Menduduki tangga kedua adalah filem Stranger Things yang tercalon untuk 6 kategori.

Selain tercalon dalam kategori Filem Terbaik, kategori yang lain adalah Persembahan Terbaik Di Dalam Filem, Pelakon Hero Terbaik, Pelakon Penjahat Terbaik, Pasukan Terbaik Di Dalam Filem, ‘Scene-stealer’ Terbaik dan Filem Aksi Terbaik.

BACA  Sampai Lumpuh! 6 Cara 'Gila' Artis Hollywood Zaman Dulu Lakukan Demi Jadi Cantik

Avengers: Infinity War Turut Tercalon

Meskipun baru sahaja ditayangkan, filem Avengers: Infinity War turut tercalon dalam MTV Award.

Selepas mencatatkan kutipan lebih dari 1 bilion dalam masa seminggu, filem ini menampakkan ‘taring’ nya apabila dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Penjahat Terbaik, dan Aksi terbaik yang menunjukkan saat Scarlett Johansson (Natasha Romanoff/Black Widow), Danai Gurira (Okoye), Elizabeth Olsen (Wanda Maximoff/Scarlet Witch) berlawan dengan Carrie Coon (Proxima Midnight).

Sumberย The Vergeย