Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Dimana malam kemuncak fesyen telah pun berlangung semalam dimana MET Gala adalah sebuah acara kebajikan untuk mengumpul dana Muzium Kesenian Metropolitan di New York. Menghimpunkan ramai selebriti dan penggiat industri terkenal, tahun ini pelbagai fesyen menarik telah pun diperagakan oleh selebriti antarabangsa.

Tema “Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination”

Tahun ini, tema “Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination” telah dipilih dan selebriti-selebriti ini tidak mahu melepaskan peluang untuk ‘melaram sakan’ pada malam itu. Hasil carian kami melalui pelbagai sumber, ada yang boleh dikategorikan sebagai menarik dan tidak kurang juga ada yang pelik. Saksikan sendiri 10 gaya fesyen selebriti ini di MET Gala 2018

1. Rihanna

Boleh dikatakan semua artis hampir mengikut tema pada tahun ini. Namun Rihanna satu-satunya tampil berani dengan mengayakan busana persis paderi yang kita ketahui sebelum ini ianya adalah gaya paderi lelaki. Namun ianya telah ditatarias dengan aksesori intan dan juga batu permata menampakkan ianya begitu eksklusif!

2. George Clooney Dan Amal Clooney

George dan Amal Clooney ditugaskan untuk menjadi pengacara jemputan pada malam itu Met Gala. Ms. Clooney dilihat memakai busana dari Richard Quinn. Ketika ditanya dimanakan anak-anak kembar mereka, Alexander dan Ella? George menjawab sambil berseloroh, “mereka ada di dalam baju itu”

3. Cardi B

Pertama kali hadir ke MET Gala dan Cardi B begitu menyerlah pada malam itu menggayakan busana Moschino. Yeay atau Nay?

4. Jennifer Lopez

Nampak ringkas? Namun ianya bukanlah sebarang ringkas kerana telah direka oleh Balmain.

5. Kim Kardashian

Mungkin ada yang menggelarkannya sebagai pasu. Tetapi percayalah ianya pasu yang mahal dan eksklusif dari Versace

6. Madonna

Cantik! Tetapi jika ditambah solekan pucat pasti ianya kelihatan seperti watak dalam filem The Conjuring.

7. Katy Perry

Sekali imbas kelihatan seperti fesyen zaman Firaun bukan? Bagi kami tona warna pakaian tersebut tidak kena dengan imej nya. Rambut berwarna putih dan kepak yang berwarna putih persis seekor burung.

8. Nicki Minaj

Ratu Merah! Nicki Minaj dan keunikan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Tetapi tidak silap kami baju tersebut sama seperti video klip nya yang terbaru, Chun-Li. Dipakai semula atau hampir sama?

9. Lana Del Ray Dan Jared Letto

Gucci Gang! Kedua-dua selebriti ini kelihatan serasi memakai busana dari Gucci

10. Chadwick Boseman

Bintang Black Panther ini tampil memberi kelainan seperti selalu dengan memakai busana Versace. Wakanda forever!