Isteri kepada Chef Selebriti atau penyanyi Datuk Fazley Yaakob, Azrene Ahmad banyak memendam rasa tidak puas hati, kecewa dan marah terhadap ibunya itu. Luahannya yang ditulis menerusi akaun Instagram tekah dihapuskan oleh pihak pengurusan Instagram namun kami di hangat.com sempat mengambil sedikit tulisannya dalam Bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Oleh kerana samalam merupakan hari terakhir Datuk Seri Najib Razak diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Azrene bertindak berani untuk membuka apa sebenarnya yang terbuku di hatinya selama ini.

“Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah berdoa. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka, menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka”

“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan antara mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan penyalahgunaan sama yang dilakukan ke atas orang di sebelah kanan (Najib)

Saya menyaksikan banyak kesalahan, kesepakatan dan jabat tangan kedua-duanya yang dibuat untuk kepentingan kuasa dan untuk memuaskan selera mereka yang begitu tamak.”

AFP PHOTO / MOHD RASFAN

“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang disebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai, dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.”

Guna Ahli Sihir

Malah Azrene menjelaskan bomoh, ahli sihir, doktor estetik dan sebagainya sering sahaja berada di laluan rumahnya atas beberapa sebab untuk membahayakan sesiapa sahaja yang cuba menetang mereka.

“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik, dan sebagainya berjalan di laluan rumah saya atas sebab yang berlainan, tetapi kebanyakkannya untuk mendapa kekuasaan ke atas rakan sebaya mereka dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk menentang mereka.

” Banyak akaun luar negara dibuka untuk menyalurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi keluli penuh barang kemas, batu permata dan wang tunai dan kasut kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara in langsung tidak menyeronokkan.”

Jual Anak Sendiri

Lebih memeranjatkan, Azrene menjelaskan turut menjadi mangsa penjualan dengan perkahwinan bidaan tertinggi untuk membantu mereka memperolehi kelebihan politik.

“Mereka cuba menjual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan dapat membantu mereka memperoleh kelebihan politik dan sosial .

Tidak ada yang dapat menghalang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila kerakusan ini kemudiannya menumpukan perhatian kepada saya dan menjadi tertalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, diri saya sendiri dibuang keluarga malang ini.”katanya

Terima Ancaman

Bukan itu sahaja, setelah membuat keputusan untuk berumah tangga dengan Fazley, ahli keluarga barunya pula diganggu dengan macam-macam ancaman.

Azrene juga memberitahu sebelum melangkah kaki meninggalkan rumah, dia sempat berkata kepada mereka, dirinya yakin suatu hari nanti Allah akan menghukum kamu kerana mengkhianati orang-orang yang sepatutnya kamu lindungi.

“Hari saya meninggalkan rumah, saya memberi amaran kepada kamu, individu yang terpilih untuk berkhidmat adalah atas kehendak rakyat. Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat bukannya sebaliknya. Akan tiba suatu hari nanti orang akan menghukum kamu di atas segala pelanggaran yang telah dilakukan terhadap mereka. Akan tiba juga Tuhan akan menghukum kamu atas pengingkaran kamu melindungi mereka.

Hari ini saya ingin berikan sedikit mesej kepada kamu berdua, adik beradik satu talian darah yang terlibat dalam skandal ini, kepada sesiapa yang berkolaborasi dalam konspirasi sehingga sanggup menggadaikan orang-orang yang tidak bersalah hanya kerana wang tunai, tuhan telah memakbulkan doa rakyat dan keluarga saya! Akhirnya kamu telah dibuang keluar.

“Sebagai salah seorang darah daging dalam ahli keluarga ini saya harap kamu belajar dari pengalaman ini dan bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar”

Semoga Allah memberi belas kasihan kepada jiwa hitamu. Hanya dia maha mengetahui dan pengampun!’ tulisnya panjang di status Facebook.

BACA  'Sesuatu Tak Kena'- Netizen Pelik Farid Kamil Padam Gambar Tun M di IG
Artikel Sebelumnya‘Ramai Jadi Lalang Lepas Tun M Angkat Sumpah’- Pengarah, Adam Hamid
Artikel SeterusnyaTak Guna Ada Kerajaan Baru? Ini Alasan Erma Fatima
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.