Selama 14 tahun membaca berita di TV3, tiada lagi cabaran yang menanti, lalu Saiful Nizam Ismail, mengambil keputusan meninggalkan kerjaya itu. Saiful meletak jawatan secara rasmi dengan stesen TV itu pada tahun 2015 yang lalu. Saiful yang lahir daripada program Malaysian Top Host seangkatan dengan Nurul Syuhada Nurul Ain kini selesa menjalankan perniagaan beliau sendiri.

Terbaharu, isteri Saiful iaitu Khairul Noormaaidah Zali atau Aida menyertai program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009, sekali gus dinobatkan sebagai juara musim pertama bersuara di laman Instagram beliau mengenai perletakan jawatan suami beliau.

“Media Itu Bersifat Dimiliki”

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Aida di Instagram “Media Itu Bersifat Dimiliki”. Apa yang cuba Aida sampaikan adalah stesen TV tersebut dikawal oleh sesuatu badan atau agensi yang meminta penyampai berita yang bertugas untuk menyampaikan berita yang tidak tentu lagi kesahihannya.

Ini disebabkan pada satu hari ketika Saiful pulang rumah dari stesen TV tersebut, Saiful pernah menangis setelah selesai menyampaikan berita berkaitan Tun Mahathir serta Proton. Siapa yang Aida cuba maksudkan? Kami di Hangat.com pasti anda terfikir sama apa yang kami fikirkan.

BACA  Fathia Latiff Bercakap Isu Politik, Kesal Tun M Dimalukan Dalam TV

Minta Rujukan Ustaz

Saiful juga mendapatkan rujukan daripada Ustaz mengenai sesuatu berita yang tidak tahu kesahihan berita tersebut dan Saiful dianggap menyebarkan fitnah. Lantas Saiful mengambil keputusan untuk berhenti di stesen TV tersebut serta merta tanpa memikirkan nasib selepas itu.

Saiful serta Aida percaya bahawa rezeki ada dimana-mana dan Aida menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah sangat tepat untuk berhenti dari stesen TV tersebut.

“Allah Tetapkan Peralihan Kuasa Ini Dengan HikmatNya.”

Aida juga menulis peralihan kuasa ini adalah dengan kuasa Allah swt dan badan atau agensi yang dimaksudkan perlu merendahkan ego dan bongkak mereka yang merasakan kuasa, pangkat serta nama itu segala-galanya.

Aida juga berpendapat pentadbiran serta pemimpin baru akan mulai sedar bahawa rakyat berhak menentukan masa depan bersama. Aida meluahkan rasa lega serta selamat beliau dengan adanya Tun Mahathir sebagai pentadbir baru dan Aida juga mendoakan kesihatan serta kesejahteraan untuk Tun Mahathir.

BACA  Keluarga Siti Nurhaliza Diugut Serta Di Gam Kerana Menyokong Tun Mahathir

Jangan Salahkan Mereka Yang Bekerja Di Sebalik Media.

Aida mengingatkan kepada pengikutnya di Instagram bahawa jangan menyalahkan mereka yang bekerja disebalik media dan mereka bukan seperti yang disangka. Mereka hanya bekerja untuk menjalankan tanggungjawab demi keluarga.

Aida juga meluahkan ketidakpuashatian beliau tentang ada yang memperlekehkan khidmat Tun Mahathir dan menganggap Tun Mahathir sebagai Negarawan atas jasa yang terlalu besar buat negara Malaysia.

Aida juga terfikir jika ditakdirkan apa-apa yang akan berlaku pada Tun, adakah stesen TV tersebut akan berdiam dari menerangkan kisah, jasa, pengorbanan dan hebatnya Tun Mahathir sekiranya Malaysia masih dibawah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 ?

“Dato’ Sri Najib Razak Sudah Lakukan Yang Terbaik”.

Aida juga mengingatkan pengikutnya bahawa sebelum mencaci maki, melemparkan fitnah supaya berfikir dahulu sebelum bertindak. Ada yang marah dengan kepimpinan sebelum ini yang merendahkan Tun Mahathir tetapi Dato’ Sri Najib Razak mungkin bagi beliau sudah lakukan yang terbaik. Maka jangan memarahi Dato’ Sri Najib Razak seolah-olah beliau mungkin pemimpin malah perlu menjaga kesusilaan untuk menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik.

BACA  5 Selebriti Tunjuk Sokongan Terhadap Pembebasan Anwar Ibrahim

Saiful Nizam Perli Buletin Utama ?

Saiful juga ada memuat naik gambar di Instagram beliau baru-baru ini dengan menyatakan beliau sudah lama tidak menonton Buletin Utama selepas Saiful meletakkan jawatan dengan penulisannya yang sedikit sarkastik.

Mungkin Saiful tidak mahu terlibat dengan drama dari agensi atau badan yang dimaksudkan oleh Aida sekiranya Saiful menonton Buletin Utama? Wallahu a’alam.

Hangat.com mendoakan agar seluruh keluarga Saiful Nizam serta Aida senantiasa dirahmati Allah swt dan berharap agar Saiful serta isteri kembali dalam bidang pengacaraan, in shaa Allah.

Sumber : Instagram Saiful Nizam dan Aida Gadis Melayu

 

16
like
1
love
haha
wow
sad
1
angry