Sejak tidak lagi menjadi individu ‘nombor satu’ dalam negara, beberapa pendedahan mengejutkan mengenai mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus menjadi bualan netizen termasuklah pendedahan berani Dato’ Fazley Yaakob mengenai Rosmah Mansor sebagai ibu mertuanya.

Terharu Dengan Pengorbanan Isteri

Terbaru, bersempena dengan Hari Ibu yang jatuh serentak seluruh dunia semalam, Fazley telah menzahirkan ucapan khas untuk individu-individu penting dalam hidupnya termasuk isteri tersayang yang lebih dikenali sebagai Azrene.

Dalam ucapannya itu, Fazley turut berasa terharu dengan pengorbanan isterinya dalam membesarkan empat orang anak mereka serta turut mengalami keguguran sebanyak 10 kali sebelum ini.

“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyushdan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad”

Fazley Tuju Ucapan Hari Ibu Buat Rosmah

Selain Azrene dan ibunya, Fazley turut mendedikasikan ucapan hari ibu untuk ibu mertuanya Rosmah. Walaupun pelbagai sengketa dan konflik berlaku melibatkan isteri bekas Perdana Menteri ini, menurut Fazley dia sama sekali tidak pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik buat ibu mertuanya itu sepanjang 13 tahun perkahwinannya bersama Azrene.

“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!”

Tambah Fazley, walau apa pun yang berlaku hubungan seorang ibu dan anaknya sama sekali takkan pernah putus serta turut berharap mereka akan berjumpa semula suatu hari nanti. Ternyata ucapan chef selebriti ini begitu mengharukan. Hangat.com mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih pada masa akan datang dan memulakan kehidupan terbaru bersama tersayang.

BACA  Sandiwara? Netizen Dedah 5 Perkara Mencurigakan Kes Mat Over Tampar David Teo

Sumber Instagram Fazley Yaakob