Kerana tampuk pemerintahan negara yang sudah bertukar tangan mencipta satu sejarah baru buat negara dan dunia, pelbagai kontroversi mula terbit  melibatkan selebriti dan juga personaliti televisyen. Jika sebelum ini terdapat kisah selebriti yang dikatakan seperti ‘lalang’, berlainan pula dengan kisah 5 pembaca berita ini.

5 Pembaca Berita Ini Tular Di Media Sosial 

Pembaca berita sering kali menjadi penghias utama sesuatu stesen televisyen. Disebalik Pilihan Raya Ke-14 ini, 5 pembaca berita ini punyai kisah pengalamannya tersendiri. Ada yang manis untuk dikenang dan ada juga yang mahu melupakan pengalaman pahit tersebut. Hangat.com rangkumkan 5 kisah pembaca berita ini sebagai salah satu fakta menarik sepanjang rentetan PRU-14.

1Izwan Azwir Saleh (Buletin Utama TV3)

Hanya kerana stesen radio tersebut sebelum ini lebih terarah kepada mempromosikan perkembangan aktiviti pihak pembangkang (dahulunya kerajaan), Mohd Izwan Azir Saleh teruk dikecam para netizen. Ada yang meluat dan tidak kurang juga ada yang menghamburkan kata-kata kesat kepada pembaca berita TV3 ini.

Namun begitu, Izwan akhirnya ‘membuka mulut’ menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku menerusi laman Facebook nya setelah menerima pelbagai kecaman yang boleh menjatuhkan karier serta airmukanya.

“Tidak ramai yang tahu, apa yang saya perkatakan ketika melakukan lintas langsung BERSIH dari balkoni Persatuan Bola Keranjang Malaysia pada 2007. Yang ramai tahu hanya aksi saya di’boo’ dalam video yang diambil seorang peserta yang sedang berarak yang disebarkan di Youtube. Ketika melakukan lintas langsung itu, saya mengatakan bahawa ‘peserta BERSIH sanggup untuk meredah hujan lebat dan menunjukkan semangat yang berani, tidak mempedulikan kawalan polis untuk berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyatakan hasrat mereka’. Sebelum itu, ketika mereka sedang menuju ke sana, dari balkoni itu saya melambai malah memberi tabik hormat kepada beberapa peserta dan mereka juga tersenyum kepada saya. Namun ketika dihalau polis, mereka berpatah balik dan melalui kawasan lintas langsung saya, membaling saya dengan botol air TANPA mengetahui apa yang sebenarnya sedang saya perkatakan ketika lintas langsung itu. Pengadilan dibuat kepada saya, hanya kerana saya memegang mic dengan logo TV3.

Itulah yang berlaku kini, diambang Malaysia Baharu.

Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3. Sedari dahulu lagi, sayalah yang menanggung kata-kata nista ini termasuk menghukum saya masuk neraka. Namun kerana menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.”

2Wan Kamaruddin Wan Ibrahim  (Al-Hijrah)

Masih ingat dengan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim? Mula dikenali di NTV7 sebelum ini sebagai pembaca berita, mengendalikan rancangan Edisi Siasat dan kini telah beralih di Stesen TV Al-Hijrah. Siapa sangka pendedahan yang dibuat Kamaruddin ini membuka pandangan lain mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuatkan kami turut kagum dan bangga dengan personaliti yang dimiliki oleh Perdana Menteri Ke-7 ini.

BACA  Marina Mahathir Persoalkan Setem Khas Bapanya

Ketika di Afghanistan, pembaca berita ini memberitahu mereka telah dilepaskan oleh ketua kampung yang pada mulanya mengamuk kerana pemandu kereta mereka telah memasuki jalan pintas yang tidak dibenarkan. Apabila melihat passport mereka serta menyebut nama Tun Mahathir, kesemua mereka dibenarkan jalan semula tanpa dicederakan.

Manakala di Yemen pula, Menteri Pertahanan negara itu pernah berkata pada Kamaruddin, jika Malaysia ‘tidak mahu’ Tun Mahathir, mereka mahu meminjammnya bagi memulihkan kembali negara mereka yang bergolak. Begitu hebat sekali penangan Tun Mahathir!

3Saiful Nizam (Buletin Utama TV3)

Jujur kami katakan, Saiful Nizam adalah antara pembaca berita yang dikagumi. Dengan gaya serta lenggok suaranya setiap kali ke udara jam 8 Malam, ternyata kehilangannya secara ‘tiba-tiba’ menimbulkan tanda tanya. Dalam PRU-14 ini, ternyata kehilangannya terjawab apabila isterinya yang juga juara program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009,Khairul Noormaaidah Zali atau lebih dikenali sebagai Aida membuka mulut.

BACA  'Rakyat Tak Bodoh'- Nurul Wahab Tak Bersetuju Dengan SPR

Menurut Aida, suaminya itu telah pun berhenti kerja sebagai pembaca berita dan Aida turut ‘mempertahankan’ nasib pembaca berita kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diberikan.

Tambah Aida terdapat stesen TV yang dikawal oleh sesuatu badan atau agensi yang meminta penyampai berita yang bertugas untuk menyampaikan berita yang tidak tentu lagi kesahihannya. Malah Saiful sendiri pernah pulang dan menangis setelah selesai menyampaikan berita berkaitan Tun Mahathir serta Proton.

4Kamarul Bahrin (Astro Awani)

Pada malam pengumuman keputusan PRU-14, perhatian lebih tertumpu pada Buletin Awani dimana netizen menyifatkan berita yang disampaikan oleh pembaca berita Astro Awani lebih telus dan tidak berat sebelah.

Malah pada malam itu, Kamarul Bahrin yang turut bertugas mendapat pujian ramai kerana soalan yang diputarkan serta gayanya membuatkan suasana lebih rancak. Malah Kamarul atau lebih dikenali sebagai Che Kem turut menjemput Karim Raslan sebagai pengulas pada malam itu turut dipuji!

BACA  5 Selebriti Tunjuk Sokongan Terhadap Pembebasan Anwar Ibrahim

5Luqman Hariz Dan Shafizan Johari (Astro Awani)

Pada malam PRU-14 juga, terdapat kisah disebalik siaran langsung berita Awani yang menampilkan Luqman Hariz dan Shafizan Johari. Rata-rata netizen memuji dengan kewibawaan kedua-dua pembacaa berita ini bersengkang mata demi menyampaikan berita terbaik buat rakyat Malaysia.

Malah ada beberapa gambar dan video mereka hampir terlelap sempat diambil netizen kerana menganggap mereka seharusnya diberikan penghargaan.

Buktinya? Hadiah ini telah dikirim netizen bagi menghargai mereka yang bertugas pada malam itu. Tahniah Awani!