Beberapa bulan yang lalu, pelakon Raja Ilya pernah mencetuskan kontroversi gara-gara menolak tawaran membintangi sebuah filem Marvel akan datang. Kontroversi itu tercetus kerana menurut netizen pelakon itu hanya ‘propa’ sedangkan dia tidak mendapat tawaran tersebut.

Raja Ilya Muat Naik Gambar Pakai Sport Bra

Terbaru, pelakon cantik ini sekali lagi menimbulkan kontroversi gara-gara memuat naik gambarnya yang memakai sport bra berwarna merah dipercayai diambil di sebuah tempat awam.

Lantaran itu, pelbagai kecaman diterima oleh Ilya kerana gambar tersebut tidak sesuai dimuat naik di media sosial.

Sengaja Timbul Kontroversi

Dalam pelbagai komen itu, terdapat juga dakwaan kononnya dia sengaja timbukan kontroversi itu memandangkan namanya kini semakin suram dan tidak mendapat tawaran berlakon dalam mana-mana drama atau filem tempatan.

Malah ada juga yang menyindir dengan menyuruh Ilya terima sahaja tawaran berlakon syarikat antarabangsa itu memandangkan dia sendiri sudah berimej seksi. Apa pula pandangan anda?

BACA  Selamat Tinggal Thor! Chris Hemsworth Mengaku Sudah Jemu
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Zainal Abidin Terlibat Dalam Kemalangan DI NKVE
Artikel SeterusnyaUmie Aida Enggan Kongsi Isu Suami Ditahan Polis. Ini Alasannya!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress