Sejak Pakatan Harapan (PH) menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir ia sekaligus menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN). Keputusan  ini secara tak langsung telah mebuatkan ramai selebriti mendapat kebebasan bersuara dengan membuka pekung di dada tentang kerajaan terdahulu.

Tindakan golongan selebriti yang memilih untuk berdiam mengenai politik sebelum ini adalah untuk menjaga kepentingan peribadi.

Jika sebelum ini kecoh tentang pendedahan anak perempuan Datin Seri Rosmah Mansor tentang sisi gelap ibunya, kini ramai yang mahu pelakon Datin Seri Umie Aida untuk berkongsi pengalaman suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis pada tahun 2015.

Menerusi akaun instagram miliknya, Umie dengan rasa rendah diri memutuskan tidak mahu berkongsi kisah duka dan pengalaman pahit saat suaminya dalam tahanan polis.

Menurut Umie, walaupun malaysia sudah “bebas” bersuara, dia belum bersedia untuk berkongsi pengamalan pahit itu. Walaubagaimanapun dengan izin Tuhan, suatu hari nanti dia akan berkongsi juga selepas keadaan sudah reda.

Umie menambah dia menjadikan kejadian itu sebagai satu pengalaman yang mahal dalam hidupnya.

Rata-rata netizen memuji sikap Umie kerana memilih untuk tidak membuka aib mana-mana pihak walaupun ramai yang tahu Umie telah melalui saat-saat getir bergelar isteri kepada seorang ahli politik.

Foto: Beautifulnara

Dalam pada itu Umie turut mendapat sokongan ramai yang meminta beliau bersabar menempuh ujian itu selepas beliau memuat naik status berkenaan.

Khairuddin pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Khairuddin mendakwa dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).