Selain daripada fokus DFKL 2018 tertumpu pada Ain Edruce yang kami sempat kami tulis semalam, malam itu juga Janna Nick mencuri perhatian ramai sehingga teruk dikecam di media sosial!

Suara Janna Nick Sumbang

Puncanya? Pada malam itu, Janna antara penyanyi dan pelakon yang dijemput untuk membuat persembahan bersama-sama Datin Diana Danielle.

Namun begitu, persembahan Janna dilihat mencetuskan kontroversi kerana suaranya kedengaran agak sumbang dan dikritik hebat oleh netizen dengan mengharapkan Janna tidak lagi menyanyi dan hanya fokuskan pada lakonan.

Janna Nick Menang Aktres Pilihan

Meskipun dikecam hebat, pada malam itu Janna telah memenangi anugerah Aktres Pilihan untuk tahun yang kedua.

BACA  Janna Nick Sedang Hangat Bercinta Dengan Sean Lee?

Lantaran itu, ramai yang berpendapat lebih baik Janna menumpukan bidang lakonan kerana bakatnya dalam bidang itu jauh lebih terserlah. Kami juga beranggapan seperti itu kerana kami melihat Janna persis Datin Seri Umie Aida dan dramanya terdahulu menerusi drama Syurga Nur sehingga kini meninggalkan kesan. Syabas!

Artikel SebelumnyaBekas Wartawan Melodi, Zuan Azmi Bongkar ‘Sisi Gelap’ TV3
Artikel Seterusnya‘Bukan Buka Aib Tapi Wasiat Arwah Bapa’- Fazley Yaakob
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress