Kehangatan Pilihanraya Umum 14 (PRU-14) masih lagi hangat dirasai. Dimenangi oleh barisan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad siapa sangka mereka yang berada dalam barisan itu terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang begitu hebat!

Kenali Fahmi Fadzil

Salah seorangnya adalah Yang Berhormat Fahmi Fadzil yang berjaya memenangi ‘kerusi’ Lembah Pantai baru-baru ini. Di sebalik ketegasan dan kelantangannya bersuara, siapa sangka ahli parlimen itu sebenarnya pernah bergelar sebagai seorang pelakon.

Antara drama yang yang dibintanginya adalah Gol & Gincu The Series yang ditayangkan sekitar tahun 2006. Dalam drama terbitan Redfilms itu, Fahmi memegang watak sampingan sebagai Irwan.

Bakat Yang Pelbagai!

Selain itu, Fahmi yang kini berusia 37 tahun juga aktif dalam pementasan teater seperti naskah “Second Link” dan “Dua, Tiga Dalang Berlari”.

Kerana bakat yang dimilikinya itu, beliau pernah menerima anugerah Artis Harapan pada Anugerah Seni Boh Cameron 2006. Kagum bukan? Selain bergelar pelakon, Fahmi juga memiliki ijazah dalam jurusan kejuruteraan kimia di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Sumber  Malaysian Digest 

Artikel SebelumnyaIsteri Izzue Islam, Awin Nurin Dituduh Cari Bomoh Pikat Suami
Artikel SeterusnyaSelepas Jadi Thanos, Josh Brolin Berbogel Untuk Kempen Ikan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress