Hampir 5 tahun usia perkahwinan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam bersama isteri tercinta, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Awin Nurin.

Walaupun tidak pernah bercadang mengambil anak angkat seperti mana pasangan lain yang sudah lama berkahwin, namun  mereka tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata sendiri.

Baru-baru ini, Awin telah memuat naik beberapa Screenshot di IG storiesnya berkongsi tuduhan yang tidak berasas daripada netizen terhadapnya.

Menurut individu itu, dia menuduh Awin berjumpa bomoh dan mengamalkan ilmu syirik sehingga menyebabkan pengurus Izzue itu tidak boleh hamil.

Guna Bomoh Punca Tak Boleh Hamil

Tambah Awin, Individu itu turut membuat kenyataan dengan mempersoalkan bahawa Awin bukanlah seorang wanita yang cantik dan kaya namun hairan mengapa Izzue masih memilihnya sebagai isteri.

BACA  Pelakon Popular Cuba Ugut Aziz M. Osman

Sudah Memaafkan

Menurut laporan dari URTV, Awin mengaku terkilan dengan fitnah tidak berasas oleh netizen. Sikap sesetengah netizen ini pandai menuduh yang bukan-bukan serta lempar fitnah tanpa memikirkan perasaan orang lain sedangkan Awin tidak tahu pun siapa mereka.

Walaupun jauh disudut hatinya dia sedih dengan tuduhan ini, namun Awin sudah memaafkan sesiapa sahaja yang suka menfitnah dirinya.

Sumber URTV

like
love
haha
wow
1
sad
angry