Jika anda sudah menyaksikan Avengers: Infinity War, anda pasti familiar dengan karakter Thanos. Musuh utama para avengers ini tampil beraksi dengan kesan CGI yang yang mengubah wajah asalnya.

Josh Brolin mengejutkan peminatnya dengan tampil bergambar dalam keadaan telanjang untuk kempen diberi nama ‘FishLove’. Gambar tersebut menunjukkan Brolin memeluk ikan Wahoo Hawaii untuk kempennya itu sambil mempamerkan susuk tubuhnya kekar dan sasa.

View this post on Instagram

Fishlove.co.uk ———- In CANNES selling an idea I had called Lucky #7. It’s a movie about me and a fish. It’s a romance. I don’t see why a man can’t have a relationship with someone other than a woman or a man. I’ve always believed that film is about the spiritual condition, and everything living thing has a spirit. Remember there was ”Free Willy”, and there was “Black Beauty”. This could be the premise for “X-Force”. Maybe it’s a prequel before Cable gets sent to the future, before he comes back from the future into the past which is the present. #7: naked, lucky and in love. Watch Deadpool 2 on May 18 for a better understanding of what I’m bringing down. @deadpoolmovie #theshapeofmyfish #cablenaked #fishlove @cannes_filmfestival #everythinghasaspirit www.fishlove.co.uk

A post shared by Josh Brolin (@joshbrolin) on

Ia adalah sebuah kempen dari UK yang cuba meningkatkan kesedaran amalan memancing yang tidak lestari yang memusnahkan ekosistem marin bumi. Majoriti foto kempen Fishlove menampilkan selebriti Hollywood yang bergambar telanjang sambil memegang ikan besar, yang mungkin ikan yang sudah mati.

Manurut tinjauan yang dibuat oleh Hype.my, ini bukan kali pertama Brolin telah memuatnaik  gambar dia berbogel di Instagram. Ia seolah-olah menjadi perkara biasabagi pelakon itu untuk menunjukkan tubuh tanpa seurat benang kepada pengikutnya.

Brolin bakal muncul dalam filem Deadpool 2 yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada  17 Mei ini. Brolin memegang watak sebagai Cable yang akan menjadi salah satu watak utama dalam filem ini.

Sumber Hype.my

BACA  Kantoi! Tom Holland Bocorkan Judul Filem Sekuel Spider-Man