Selang beberapa minggu selepas filem Avengers : Infinity War ditayangkan, Marvel dengan ‘berani’nya mempertaruhkan sebuah lagi filem mereka, Deadpool 2 yang merupakan sekuel kepada filem Deadpool sebelum ini.

Deadpool Tubuhkan X-Force

Masih lagi mengekalkan Ryan Reynold sebagai Deadpool, menariknya lagi mengenai kesinambungan filem ini adalah ianya tidak lagi menceritakan mengenai Deadpool seorang, malah anda juga bakal terkejut kerana Deadpool juga mempunyai pasukannya tersendiri. Jika Professor X mempunyai pasukan X-MEN, Captain America bersama The Avengers dan Starlord bersama Guardians of The Galaxy, Deadpool pula telah menubuhkan pasukannya yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kebolehan luar biasa yang dikenali sebagai X-Force.

Maafkan kami, jika kami telah mendedahkan sedikit ‘moment’ penting dalam filem ini, namun ianya harus diwar-warkan memandangkan anda mungkin menganggap Deadpool kali ini hanya menceritakan mengenai kehidupannya yang penuh dengan perlian dan lawak jenaka.

BACA  4 Sebab Filem Avengers : Infinity War Dipercepatkan Pada April

‘Thanos’ Muncul Dalam Deadpool 2

Deadpool 2 juga menampilkan Josh Brolin yang muncul sebagai Thanos dalam Avengers: Infinity War. Namun begitu, kali ini dia bukan lagi sebagai Thanos tetapi sebagai Cable!

Dan itu telah ‘dibocorkan’ sendiri oleh Deadpool sendiri di pertengahan jalan filem ini. Fakta untuk anda, ini bukanlah kali kedua untuk anda melihat Josh Brolin, kerana pelakon ini dikatakan sudah mengikat kontrak bersama Marvel untuk 4 filem mereka.

Sokong LGBT

Setelah menonton filem ini, nasihat kami kanak-kanak dibawah umur 18 tahun tidak sesuai untuk menontonnya kerana boleh dikatakan gaya bahasa serta beberapa aksi lucah telah ditayangkan tanpa sebarang tapisan!

Malah didalam filem ini juga banyak unsur LGBT diterapkan sehingga menonjolkan watak lesbian diantara mutan iaitu Negasonic Teenage Warhead dan Yukio.

BACA  Inilah Wajah Sebenar Di Sebalik Karakter Unik 'Avengers: Infinity War'

Hairan juga, tetapi itulah Deadpool kerana wataknya sememangnya dilahirkan sedemikian rupa yang merupakan penyeri kepada watak-watak superhero yang lain. Setelah berakhirnya filem ini, pastikan anda tunggu sebentar kerana terdapat 3 post credit pada penghujung Deadpool 2!

Sinopsis Deadpool 2

Deadpool 2 menceritakan mengenai misi Deadpool(Ryan Reynold) ataupun nama sebenarnya Wade Wilson menyelamatkan seorang mutan remaja (Julian Dennisson) yang mempunyai kuasa api daripada dibunuh oleh Cable(Josh Brolin), seorang.

Namun begitu, dalam usaha menyelamatkan itu, Deadpool menganggap tidak mampu berlawan seorang diri dan mengambil keputusan untuk menubuhkan satu pasukan yang dikenali sebagai X-Force, Selain Deadpool, anggota dari X-Force terdiri daripada Negasonic Teenage Warhead (Brianna Hildebrand), Domino (Zazie Beetz), Bedlam (Terry Crews), Shatterstar (Lewis Tan), Zeitgeist (Bill Skarsgard), Colossus(Stefan Kapican),Yukio (Shioli Kutsuna) dan Peter (Rob Delaney).

BACA  Jelmaan Suspek Bakar Tahfiz Dalam Filem Deadpool 2 ?

Namun begitu, beberapa anggota X-Force kecundang dan hanya tinggal beberapa sahaja untuk menentang Cable dan satu lagi musuh terbaru yang jauh lebih kuat. Dapatkah mereka mengalahkan Cable dan musuh terbaru itu? Jawapannya ada di Deadpool yang memulakan tayangannya malam tadi!

REVIEW OVERVIEW
Mesti Tonton
Artikel SebelumnyaSelepas Jadi Thanos, Josh Brolin Berbogel Untuk Kempen Ikan
Artikel SeterusnyaKerana Syed Saddiq, Catriona Ross Akui Sangat Malu!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress