Nampaknya nama ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman telah menjadi sebutan ramai gadis selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 di mana seluruh rakyat Malaysia menyaksikan kemenangan Parti PKR mengambil alih kerajaan Malaysia terdahulu.

Aura Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia(PPBM) ini ternyata telah menyelubungi anak-anak muda terutama sekali golongan wanita. Populariti Saddiq seolah-olah telah menandingi bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ). Setuju tak?

Jika sebelum ini, KJ terkenal dengan gelaran ‘tall, dark and handsome’ itu sering mencuri perhatian ramai gadis di Malaysia, kini sudah beralih arah ke Saddiq yang lebih muda dan kacak.

25. Thank you all for the kind wishes.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Ini terbukti selepas laman sosial di negara kita mula dibanjiri dengan status-status ‘nakal’ netizen yang memuji ketampanan Saddiq. Apa dah jadi?

BACA  Wajah Syed Saddiq Dipergunakan Untuk Set Cadar & Sarung Bantal

Merungkai punca sebenar mengapa fenomena ini boleh berlaku, pelakon popular Catriona Ross ada jawapannya!

Catriona berpendapat selepas ramai gadis tergoda dengan KJ, kini ramai yang beralih arah kepada Saddiq kerana populariti masing-masing. Catriona sendiri tidak faham mengapa ramai gadis menunjukkan sikap yang kurang sopan atau istilah lain ‘mengenyam’ di media sosial.

“Kini Syed Saddiq jadi tumpuan, dan sekali lagi saya terbaca komen seksual  dari gadis yang tak habis Universiti dan isteri orang. Perempuan, Jangan tunjuk sangat Please? Boleh? Tak payah hadap sangat, have some class ok..!”

Lelaki Pun Sama

Apa-apa pun, bagi kami di Hangat.com berpendapat, bukan wanita sahaja, lelaki turut tidak kurang sama, biasanya lelaki tidak akan menunjukkan rasa minat yang ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun jatuh hati dan menyukai seseorang wanita itu berbanding pula wanita yang lebih mudah meluahkan perasaan apabila hatinya tersentuh.

BACA  Peminat Mahu Melihat Syed Saddiq Dan Neelofa Bercinta?

Nama pun media sosial, tak salah rasanya kalau nak tunjuk rasa minat pada seseorang kan?

Sumber IG Catriona

 

1
like
2
love
5
haha
1
wow
1
sad
angry