Berita kemasukan pencuri kedalam pejabat pelakon Sherry Ibrahim baru-baru ini telah memeranjatkan pelbagai pihak dan juga peminatnya. Satu laporan polis telah dibuat dia mana kejadian ini berlaku semalam 14 Mei 2018 di pejabat jualan dalam talian Sherry Scarves di Gombak. Difahamkan pejabat Sherry telah di masuki pencuri dan sempat mencuri 9 biji telefon bimbit.

Sherry memberitahu menerusi akaun Instagram milknya, telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang mereka usahakan selama ini.

Walaubagaimanapun, rakaman CCTV telah berjaya merakam perlakuan lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Sharry mengharapkan bantuan semua dan mengharapkan pesalah dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.

BACA  Isu Fattah Amin! Neelofa Anggap Wartawan Tiada Etika

Sherry menambah, suspek juga memang ada banyak kes-kes lain sebelum ini.

1
like
love
1
haha
wow
sad
2
angry