Istilah ‘lalang’ kini sering disebut oleh masyarakat yang membawa maksud seseorang yang dahulunya menyokong kerajaan terdahulu tetapi selepas kemenangan parti Pakatan Harapan mereka dilihat sudah beralih arah dengan menyokong kerajaan baru.

Pelakon popular, Datuk Adi Putra juga merupakan salah seorang yang dilabel oleh netizen sebagai lalang, ini kerana sebelum ini dia sangat aktif berkempen politik tanda sokongannya terhadapa kerajaan terdahulu.

Hanya kerana memuat naik gambar Tun Dr Mahathir dirinya dikecam dan dilabel sebagai lalang oleh netizen. Menyedari akan hal tersebut, Adi memuatnaik gambar dia tengah berdoa di Masjid Al-Nabawi Madinah sambil menulis kapsyen doa yang seakan-akan memerli netizen yang memanggilnya lalang.

Walaupun sering dikecam, Adi tetap mendoakan semua umat Islam di Malaysia sentiasa diberkati dan Adi tetap tidak akan berundur demi agama dan bangsa.

Bagi kami di Hangat.com, berbeza fahaman parti tak menghalalkan umatnya saling menuduh dan kutuk mengutuk tanpa usul periksa. Sebagai umat Islam kita tetap bersaudara. Walau apapun hormatilah sesama kita. Semoga mendapat barakah dihari-hari mendatang, lebih-lebih lagi menjelang ramadhan tak lama lagi.

BACA  Cantik! Naib Juara Bintang RTM 2009 Calon Parti Warisan Sabah