Diam-diam aktres popular Lisdawati kini sedang menunggu hari untuk bersalin. Dalam kenyataannya menerusi MalaysiaDigest, Lisda merahsiakan hal ini kerana tidak mahu membuat orang sekelilingnya risau memandangkan dia masih mampu aktif berlakon walaupun sedang berbadan dua.

Ramai tak perasan Lisda hamil kerana saiz kandungannya kecil malah ada kalangan kru produksi menyangka dia sekadar mengalami perubahan fizikal yang biasa. Lebih-lebih lagi apabila dia sendiri memberi alasan kononnya mahu menyesuaikan diri dengan watak yang dilakonkan.

BACA  Percaya Atau Tidak? Hamil 6 Bulan, Perut Wanita Ini Masih Six Pack

Hamil 7 Bulan

Lisda yang kini hamil tujuh bulan berkata, seperkara yang membuatkan dia berasa lucu kerana sewaktu dia disahkan hamil, kebetulan ketika itu banyak berita mengenai beberapa artis lain juga berbadan dua termasuklah penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Apabila saya dapat tahu saya mengandung, saya diam saja. Dan kebetulan, Datuk Siti umum beliau hamil. Selepas itu seorang demi seorang artis mengumumkan diri mereka hamil.

“Seperti satu fenomena pula, apabila seorang artis mula mengandung semua mengandung. Jadi saya pun senyap sajalah,” katanya sambil tertawa.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Lisda dan suaminya Fauzi Nawawi yang mungkin bakal menimang cahaya mata ke-4 tak lama lagi. Menurut laporan dari BH Online,  doktor telah mengesahkan dia dan suami bakal menimang bayi lelaki yang dijangka dilahirkan selepas Aidilfitri.

BACA  Datuk K Dedahkan Kejadian 18 Tahun Lepas Untuk Anak Perempuan

Sumber BH Online & Malaysia Digest

 

 

1
like
love
haha
wow
sad
angry