Tidak dinafikan, selepas memenangi kerusi Parlimen Muar menerusi PRU14 pada minggu lalu, jejaka kacak Syed Saddiq Abdul Rahman sibuk memenuhi undangan program.

Terbaru, Saddiq telah menjadi tetamu dalam program MeleTOP terbitan Astro bersama dua pengacara popular Neelofa dan Nabil Ahmad pada malam tadi.

Kagumi Tun Mahathir

Menerusi temubual,  Saddiq sangat mengagumi Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih kuat dari segi fizikal dan mental. Menurut Saddiq, selain menunggang kuda, setiap hari sabtu di pagi hari, Tun M akan berbasikal di sekitar Putrajaya walaupun sudah berusia 92 tahun.

Saddiq akui, dia sendiri penat melihat Tun M melakukan aktiviti tersebut dengan bersemangat sekali. Tambah Saddiq, Tun M memiliki karakter yang sangat lucu dan sering berjenaka.

Ketua Pemuda Parti Bumi Pribumi Bersatu Malaysia ini turut menyatakan Tun M seolah-olah terperangkap dalam jasad yang berusia 92 tahun, tetapi semangat dalam dirinya sama seperti individu berusia 30 tahun.

“Tun M seolah-olah terperangkap dalam jasad berusia 92 tahun, tapi semangatnya seperti berumur 30 tahun”- katanya dalam temubual itu.

Pada yang tidak tahu, semasa Saddiq menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia. 

BACA  Tahun 'Ayam' Ramai Artis Pukul & Tampar, Ini Prediksi Tahun 'Anjing'

Dalam program tersebut, Saddiq turut ditawarkan untuk mengadakan sesi berdebat dengan Nabil bertajuk ‘Gadis Pilihan Ibu atau Pilihan Sendiri’. Ternyata hujah-hujah yang disampaikan oleh Saddiq cukup untuk menewaskan Nabil. Berikut alasan yang dihujahkan oleh Saddiq.

“Syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Saya disini kerana beliau, tanpa jasa dan bakti beliau saya tiada disini. Saya akui dahulu saya nakal dan bukan dari keluarga yang senang. Tapi apabila ada seorang ibu yang sentiasa bersama saya tak kira susah atau senang, maka saya patut mengenang jasa Ibu”

Masih Single

Sebenarnya ramai gadis yang tergila-gilakan dengan katampanan Saddiq sehingga ada sanggup mencari segala maklumat termasuk siapa gerangan kekasih hati yang bertakhta di hati Syed Saddiq.

BACA  Kerana Syed Saddiq, Catriona Ross Akui Sangat Malu!

Melalui twitternya, Syed Saddiq berkata, beliau juga terkejut dengan berita tular yang mendakwa wanita berkenaan merupakan kekasih hatinya dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun ini respon beliau;

“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sistem tender terbuka di mana mak saya akan jadi penentunya. Mak masih lucu!” katanya di twitter.

Melalui statusnya itu, ternyata Syed Saddiq masih solo dan belum berpunya.

Sumber MeleTOP

like
1
love
2
haha
wow
sad
angry