Jika kami bercakap mengenai Benedict Cumberbatch mungkin ramai diantara anda yang tidak mengenalinya. Barangkali kerana nama pelakon ini sedikit berbeza menyebabkan peminat sukar tahu akan nama sebenarnya.

Namun jika bercakap mengenai Dr Strange yang dilakonkan oleh Benedict sendiri, kami percaya satu dunia mengenalinya dan peminat juga lebih gemar memanggilnya sebagai Dr Strange.

Akan Terima Tawaran Berlakon Jika Pelakon Wanita Dibayar Sama Rata

Satu fakta menarik mengenai Benedict, dia sebenarnya mengamalkan prinsip dimana dia dikatakan hanya akan menerima tawaran berlakon jika pelakon wanita di dalam filem itu juga dibayar sama rata dengan bayaran yang dia terima.

BACA  Ini Alasan Penduduk Mesir Gelarkan Rami Malek Sebagai 'Firaun' Baru

Ini kerana dia mahukan pelakon wanita juga dibayar setimpal dan sama adil kerana menganggap pelakon wanita memainkan peranan yang penting didalam sesebuah filem.

” Lihat bajet awak dan berapakah pelakon wanita dibayar? Jika dia tidak dibayar sama seperti pelakon wanita, saya tidak akan terima tawaran tersebut”

Bakal Terbitkan Drama Kisah Ibu

Dalam perkembangan lain, Benedict yang mempunyai syarikat produksi yang dikenali sebagai SunnyMarch mengumumkan dia dan rakan kongsinya akan menerbitkan sebuah drama yang memfokuskan pada pelakon wanita.

Ketika ditanya apakah tema filem tersebut, dia menjangka ianya bakal mengisarkan mengenai pengorbanan dan juga kisah seorang ibu. Respect dengan sikap Benedict yang sama sekali tidak mementingkan diri sendiri. Tidak hairanlah dia dipilih oleh Marvel untuk memegang watak Dr Strange.

BACA  4 Bekas Pembaca Berita Yang Merupakan Isteri VVIP. Ada Yang Bergelar Puan Sri

SumberΒ Deadline.com