Umumnya, seluruh rakyat Malaysia sudah mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya berjaya mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Anwar sebelum ini berhadapan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Foto: Independent

Pembebasan Anwar menandakan berakhirnya episod 20 tahun beliau keluar-masuk penjara dan bermulanya penyambungan kerjaya politik pemimpin yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh beberapa orang selebriti menerusi Instagram. Jom kita lihat apa kata mereka!

Bekas pelakon Abby Abadi berkongsi rasa syukur dengan pembebasan Anwar menerusi akaun Instagram miliknya. Abby menyifatkan Anwar sebagai satu dalam sejuta. Walaupun dirinya dipenjara setelah sekian lama atas tuduhan yang direka-reka malah difitnah di caci maki, beliau tetah gagah berjuang demi negara.

View this post on Instagram

Antara berita menarik hari ini 🇲🇾 Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan ALLAHUAKBAR 😘 . Satu dalam berjuta Manusia seperti ini Walaupun jasadnya dipenjara Sekian lama Atas tuduhan yg direka2 Difitnah dicaci maki Hampir separuh usianya Beliau tetap gagah berjuang Tanpa mengenal putus asa Dan akhirnya Keluar bergaya dari penjara ☺️ . Meringkuk lama dlm penjara Demi Rakyat ni Sahabat Bukan suka suka Google inshaALLAH tahu cerita Harap dpt bezakan fitnah dgn Realiti sebenar ye 😊) Beliau tetap kuat mengharungi segalanya . Kalau kita Mahu dua tiga minggu dlm penjara Tentu dah meroyan kan 🙊 Takyah 2,3 minggu la Ambil 2,3 hari je Terkurung tengok dinding 24jam Tanpa dpt bergerak bebas Silap2 gilo dibuatnya huhu 🙊 . Sayu tengok DS Wan Azizah Peluk suaminya Soooooooo sweettt Macam taknak lepas dah tu hehe Terima Kasih ALLAH Untuk kesempatan ini 😍 . Fi Hifzillah DSAI & keluarga Dan seluruh warga Pejuang Rakyat Semoga sentiasa dalam lindungan Dan Kasih Sayang ALLAH 💎 Tun Mahathir & DSAI berganding semula Meletuppppp hehe.. #RamadhanPenuhMakna #RaikanKemenangan #RayaPakaiBiruMuda hehe 😍

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, Ahmad Fedtri Yahya, menganggap pembebasan ini sebagai hadiah Ramadan buat seisi keluarga Anwar.

Penyanyi dan komposer lagu irama nasyid terkenal Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin mengucapkan selamat kepada Anwar selepas berita pembebasan beliau. Yassin akui sangat kagum dengan ketokohan Anwar dalam meperjuangkan keadilan demi rakyat dan negara.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira dia atas pembebasan Anwar. Dengan menulis kapsyen ringkas, ‘Inilah Perjuangan’, ia cukup menggambarkan betapa kagumnya Siti terhadap perjuangan Anwar untuk membela nasib rakyat Malaysia.