Bukan semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Tak salah untuk kita luahkan rasa tidak bersetuju pada pemerintahan baru Malaysia ini. Bak kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerusi laporan dari Sinar Harian.

“Malaysia juga perlu ada pembangkang yang kuat dalam memastikan ada semak dan imbang selain pendapat pembangkang juga akan diambil kira kerana ada beberapa dasar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu yang bagus dan boleh dibaiki”

Jadi bagi kami, tidak salah untuk rakyat Malaysia merasa sangsi dengan janji-janji yang mereka buat selepas Kerajaan Pakatatan Harapan menang pilihan raya umum pada minggu lalu.

BACA  Pilih Parti Mana? 10 Selebriti Ini Turun Padang Berkempen PRU14

Erma Fatima Sangsi Dengan PH

Hal ini turut terjadi pada pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima. Beliau telah berkongsi beberapa keratan akhbar di Instagram mengenai kejayaan Pakatan Harapan setelah mengambil alih kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional. Dalam kapsyen yang ditulis, Erma merasa sangsi dengan isu-isu dikeluarkan memandangkan terlalu banyak berita palsu menjadi tular sejak akhir-akhr ini.

 

Apa yang cuba dikongsikan oleh Erma ini telah mendapat kritikan dari pengikutnya dan ada juga yang bersetuju dengan pendapatnya. Walaubagaimanapun, bagi kami di hangat.com, memang banyak berita yg tidak sahih merata-rata dalam internet.

Namun rasanya tak wajar untuk Erma mendedahkan berita ini satu-persatu demi mendapatkan kepastian . Kalau nak tahu sumber sahih atau tak, baca dari laman berita yang rasmi. Kami rasa Erma lebih tahu!

BACA  Peminat Teruja Siwon Datang Ke Malaysia Demi Banteras Buli!
Artikel SebelumnyaPeriuk Nasi Farid Kamil Ditutup Gara-gara Lantang Bersuara
Artikel SeterusnyaKaki Kikis? Netizen Mula Menyampah Dengan Emma Maembong
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.