Bulan Ramadhan baru sahaja membuka tirai lagi, masa yang ditunggu-tunggu ramai orang untuk menghabiskan waktu menunggu berbuka mahupun berbuka bersama orang tersayang.

Tapi sepertinya hal ini tidak berlaku pasangan suami isteri popular Nazim Othman dan Bella Daily. Ternyata Ramadan tahun ini, mereka tidak lagi bersama bergelar suami isteri. Ternyata hubungan mereka sejak bertemu tidaklah seindah yang disangka.

Kami di hangat.com ingin mengimbas kembali bagaimana bermulanya pertemuan mereka untuk bercinta dan berakhir dengan perpisahan.

2013: Gosip Percintaan 

Mula mencuri tumpuan selepas kelibat pasangan ini beriringan ke majlis Anugerah Juara Lagu ke 27 pada tahun 2013, Nazim dan Bella.

Pada saat ini Nazim mengaku sedang bercinta dengan pelakon jelita Bella, walaupun ada dakwaan segelintir individu yang sebelum ini menganggap Nazim adalah seorang lelaki ‘gay?’

BACA  Nazim Othman Mahu Bella Dally Move On, Tetapi....?

2014: Hubungan Hampir Retak

Setahun selepas mereka mengaku sedang bercinta, kecoh apabila hubungan percintaan Nazim dan Bella sudah bertemu di penghujungnya. Menerusi sebuah akhbar tempatan, pasangan ini memberitahu bahawa ianya hanyalah salah faham dan hubungan mereka kembali pulih. Pasa ketika itu juga, Bella dilihat mula berhijab dalam beberapa keping foto yang dikongsi dalam laman Instagramnya.

2015: Mengikat Tali Pertunangan

Pada tahun 14 November 2015, netizen dikejutkan dengan berita Nazim sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Bella dalam sebuah majlis yang telah dilangsungkan di kediaman Bella Dally di Kota Kinabalu, Sabah.

2016: Sah Menjadi Suami Isteri

Foto: Intrend

Dengan sekali lafaz Nazim sah bergelar suami Bella pada 10 September 2016, majlis berlangsung di Hotel Promanade, Kota Kinabalu Sabah yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan mempelai.

BACA  [GAMBAR] Wajah Anuar Zain Terkini Persis Umie Aida?

2017: Bella Hapus Gambar di Instagram

Hubungan suami isteri ini kecoh di sebuah forum dengan mengatakan ada desas-desus rumah tangga mereka bergolak gara-gara Bella memadam gambar-gambar bersama Nazim di laman Instagramnya.

Walaubagaimana pun, Nazim menafikan khabar angin tersebut. Dia membidas gosip tersebut dan menyatakan mereka berdua dalam keadaan yang baik sahaja.

2018 April: Rumah Tangga Harmoni

Selepas desas-desus mengatakan hubungan mereka retak, dalam satu kenyataannya di Gempak, Nazim menegaskan rumah tangganya dengan pelakon Bella masih dalam keadaan harmoni. Jelas Nazim,  walaupun jarang memuat naik gambar bersama, itu tidak membuktikan hubungan mereka bermasalah.

2018 Mei: Sah Bercerai

2018 Mei: Langit tak selalu cerah! Ini lah dinamakan suratan takdir. Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Nazim Othman telah mengesahkan bahawa perkahwinan mereka telah berakhir. Berita ini turut dikongsi oleh Bella menerusi Instagramnya.

BACA  Bella Dally Tidak Mahu Tumpang Populariti Nazim Othman

Ura-ura mengatakan hungan mereka memang bermasalah sudah dihidu oleh peminat sebelum ini. Ini dapat dibuktikan selepas pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik video di Instagram Stories-nya bersama Bella. Dalam video tersebut, Umie dan adiknya Betty Rahmad membawa Bella bercuti dengan menulis kapsyen, “Nak Happykan Adik ku Bella” dengan sertai tanda pagar ‘#bestrong’. 

Bagaimanapun sehingga kini, Nazim tidak mendedahkan punca perceraian namun menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.